Sunday, August 30, 2009

Sejarah VIP Style



Ketika ia bermula sekitar 13-14 tahun yang lalu, konsep ini tidak dikenali sebagai VIP. Asalnya merupakan kereta-kereta dari kumpulan BLACK COCKROACH di wilayah Wakayama. Mereka menjadi terkenal selepas kereta-kereta kumpulan tersebut disiarkan dalam majalah permotoran tempatan. Kereta-kereta BLACK COCKROACH ini, terdiri dari kereta model Cima, Cedric. Celcion dan Crown (4C) yang agak unik dan menonjolkan imej serta personaliti pemiliknya...........

............ Sewaktu permulaannya, kebanyakkan kereta gaya VIP ini berkait rapat dengan kumpulan MAFIA Jepunn yang juga dikenali sebagai YAKUZA. Dipercayai bahawa, mereka sebelum ini menggunakan kenderaan berprestasi Eropah seperti Mercedes S-Class dan BMW M-Class. Ini menyebabkan mereka mudah dikesan oleh pihak polis. Sebagai penyelesaian, mereka mula beralih untuk menggunakan kenderaan pasaran domestik yang diubah suai untuk kelihatan lebih ekslusif bagi mengelak dari mudah dikenalpasti........

........ Kemunculan syarikat-syarikat yang mengeluarkan perkakasan khusus untuk gaya VIP, mengembangkan lagi konsep ini kepada umum. Junction Produce milik MR. TAKETOMI, dikenali sebagai mendahului segmen ini dan telah berjaya mempopularkannya di Osaka sebelum berkembang ke seluruh wilayah lain di Jepun.........

........... Sebelum dikenali sebagai VIP, kereta jenis ini lebih merujuk kepada nama-nama seperti, HAISO, KOWAMOTE dan OSHIDASHI. Setelah majalah Young Auto menyediakan segmen khas dipanggil VIP CLUB yang memaparkan modifikasi kereta-kereta seperti ini, ia mula diterima umum dan dikenali sebagai VIP seperti yang kita fahami sekarang. Peminat-peminat modifikasi juga telah mengembangkan lagi konsep ini. Tidak hanya melibatkan kereta-kereta mewah yang besar, konsep ini juga telah diadaptasikan kepada kenderaan lain seperti Minivan dan Kei-Kar. Kini, VIP dianggap salah satu segmen khusus dalam dunia modifikasi.

Sumber dipetik dari : Majalah GILA KERETA. cool.gif

Sambungan..... Bah 2:

DEFINISI ASAL VIP

VIP sebenarnya disebut dalam 3 suku kata iaitu 'Vee-Eye-Pee' yang membawa maksud 'Very Important Person'. Dalam bahasa Jepun, perkataan lain yang juga digunakan ialah 'Bippu'. Sebenarnya, definisi asal VIP ini sangat mudah. Kereta yang termasuk dalam kategori ini biasanya mestilah dari jenis platform mewah keluaran domestik Jepun (JDM) dengan pacuan belakang seperti Celsior, CIMA, Cedric, Crown dan sebagainya. Kereta-kereta tersebut harga agak mahal dan hanya digunakan oleh golongan berpendapatan tinggi. Kereta-kereta lain yang tidak tergolong dalam kategori ini tidak boleh dianggap sebagai kereta VIP walaupun ia adalah jenis sedan mewah dan besar.

BUDAYA VIP

Ketika peminat Vip di Jepun mula mereka kereta, sandaran utama tentulah untuk memberikan imej lebih mewah dan bergaya pada kereta-kereta mereka. Barangan yang biasanya yang boleh dilihat pada rumah golongan kaya digunakan untuk menghias ruang dalaman kereta. Budaya VIP ini mula merebak melalui penganjuran acara-acara yang mengumpulkan para peminat gaya ini, yang merupakan antara faktor penyebab ianya terus berkembang.

VIP STYLING

Populariti gaya VIP, akhirnya menjadi ikutan kepada para pemilik kenderaan lain yang dahulunya tidak digolongkan sebagai kenderaan dari platform VIP. Penerimaan umum terhadap gaya ini telah menyebabkan pemilik kenderaan kelas lain seperti K-Kar, MPV, Sport dan model-model import yang lain turut mengadaptasi gaya tersebut pada kenderaan mereka. Disinilah bermulanya apa yang kita kenali sebagai "VIP STYLE".

No comments:

Post a Comment