Tuesday, October 20, 2009

Tempoyak Oh Tempoyak


Lama dah aku tak update blog aku ni. Asyik layan Facebook je. So, aku tambah sikit untuk kali ni pasal "Tempoyak". 2 gambar di atas ni, proses buat tempoyak. Senang je. Cara buat tempoyak:

1. Cari durian biasa.
2. Lepas buang kulit asingkan isi durian dengan bijinya.
3. Simpan dalam satu bekas, tutup dan simpan hingga berbau masam antara 3 hingga 4 hari. (jangan sejukkan dalam peti ais)
4. Selepas beberapa hari dan ada berbau masam, bolehlah dihidangkan dengan ulam-ulaman bersama nasi. (Boleh disejukkan dalam peti ais.

NOTA" Lebih sedap jika dimasak dengan ikan Patin... GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN... PERGH!!!!!!!! Enaknya masakan kampung... lebih-lebih lagi masakan orang rumah aku.....!

....... SELAMAT MENCUBA>

No comments:

Post a Comment