Saturday, November 7, 2009

Ringkasan Kaedah Menghafaz Al Quran

Friday, March 20, 2009
RINGKASAN KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”
(Hadis Riwayat Bukhari)

PETUA MENGHAFAZ AL-QURAN

1. Ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
2. Bersabar dalam menghafaz ayat-ayat Allah.
3. Banyakkan berdoa kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w.
4. Menghormati mashaf-mashaf Al-Quran.
5. Sentiasa bersuci dan menutup aurat.
6. Banyakkan berpuasa sunat dan sembahyang sunat.
7. Jangan banyak bercakap dan gelak ketawa ketika menghafaz.
8. Jangan membaca ketika mengantuk dan menguap.

MENJAGA HAFALAN

PENJAGAAN ZAHIR.

1. Memakan makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan serta pertumbuhan minda diantaranya :
• Buah kismis
• Minum madu lebah
• Jauhkan diri dari makanan syubhah
2. Menjaga percakapan, mata, telinga dan tingkah laku.
3. Sentiasa mengulangi hafalan.
4. Sentiasa bergaul dengan orang alim.
5. Membuat jadual khusus yang sistematik, seperti memperuntukkan ½ jam setiap hari.
6. Pastikan mulut sentiasa bersih(tidak berbau)
7. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

PENJAGAAN BATIN.

1. Sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t.
2. Melakukan ibadat di tengah malam(qiamullai).
3. Mula membaca dan mengakhiri bacaan dengan doa dan sentiasa berzikir.
4. Melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah dan berpuasa Isnin dan Khamis.
5. Solat hajat kepada Allah.
6. Sentiasa membaca ayat 164 Surah Al-Baqarah.

PANDUAN MENGHAFAZ

1. Melancarkan ayat-ayat atau surah yang akan dihafaz.
2. Pastikan tidak berlaku kesalahan pada baris, sifat-sifat huruf, makhraj, dan hokum-hukum tajwid.
3. Tentukan beberapa ayat yang hendak dihafaz.
4. Melihat makna ayat yang hendak dihafaz.
5. Mula menghafal ayat pertama, sebaik-baiknya diulang sebanyak 10 kali.
6. Apabila sudah mengingati ayat yang pertama, cuba menghafal ayat kedua.
7. Apabila ayat kedua sudah dihafal, ulang semula dari ayat pertama sehingga ayat yang kedua sehingga lancer. Diulang sebanyak 10 kali sekurang-kurangnya.
8. Mula menghafal ayat yang ketiga dan apabila selesai (ingat), ulang semula dari ayat yang pertama sehingga ayat yang ketiga sebanyak 10 kali sekurang-kurangnya.
9. Begitulah seterusnya setiap kali dihafaz ayat yang baru, hendaklah mengulangi semula ayat yang telah dihafaz dari mula sehingga selesai hafalan.
10. Setelah dihafaz, cuba dengarkan kepada orang lain sekurang-kurangnya dua atau tiga kali.
11. Setelah betul-betul lancar, barulah dibaca dihadapan guru (tasmi’)
12. Cuba baca ayat yang telah dihafaz di dalam sembahyang sama ada sembahyang sunat ataupun sembahyang fardu.
13. Sentiasa mengulangi ayat-ayat atau surah yang telah dihafaz secara sendirian ataupun berteman.
14. Menggunakan mashaf yang menepati resam Othmani.
15. Menggunakan mashaf yang satu / sama dalam penghafazan.
16. Gunakan Al-Quran yang halamannya dimulai dengan awal ayat dan akhirnya.
17. Jangan cepat berpindah ke surah lain sebelum betul-betul lancar.
18. Sentiasa memerhati ayat-ayat yang serupa atau yang hamper sama.

Friday, November 6, 2009

Sesuatu Yang Perlu Anda Tahu

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya… “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data unt...uk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita.. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www.omaQ. org

Monday, November 2, 2009

Kewajipan Tajwid Dalam Bacaan Al Quran

Timbul pendapat yang meragui kewajipan tajwid dalam Al Quran. Dan apakah dalil yang dapat menolak pendapat tersebut? Berikut disenaraikan hujah-hujah yang menolak dakwaan tersebut.

Hukum Mempelajari Tajwid Secara Ilmiah dan Amaliah

Perbincangan tentang hukum mempelajari tajwid sama ada ilmiah atau amaliah
akan dihuraikan berdasarkan kepada nas-nas Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW dan juga pandangan ulama.

(a) Hukum mempelajari tajwid secara ilmiah atau teori iaitu berkaitan dengan penamaan hukum dalam tajwid seperti izhar, idgham, ikhfak, iqlab, mad wajib, jaiz dan seumpamanya telah ijma` ulama ia adalah fardu kifayah. Maksudnya jika sebahagian umat Islam di sesuatu tempat telah mengetahuinya maka mereka semua terselamat daripada dosa.

(b) Hukum mempelajari tajwid secara amali atau praktikal adalah fardu ain kepada setiap muslim yang membaca al-Quran mengikut kemampuannya yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Antara ulama yang mengatakan ia adalah fardu ain ialah al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jazari, Abu Abdillah Nasr ibn al-Syirazi, al-Sayuti, al-Qistalani, Makki Ibn Abi Talib dan lain-lain. Mereka semua berhujah dengan nas-nas berikut antaranya dalil dari Al Quran: (i) Firman Allah Taala: ورتل القرءان ترتيلاً
Maksudnya: "Dan bacalah al-Quran dengan secara tartil". (Surah al-Muzammil: 4)

Bentuk hujahan dalam ayat ini ialah penggunaan kalimah ورتل iaitu dengan kata kerja arahan. Dan setiap arahan Allah SWT adalah wajib.Dengan ini thabitlah bahawa tartil kitab Allah s.w.t adalah wajib. Dikuatkan lagi dengan huraian makna tartil yang dikemukakan oleh Ali Ibn Abi Talib r.a iaitu memperelokkan sebutan huruf dan mengetahui waqaf.

ii) Firman Allah yang bermaksud:
“Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka itulah orang-orang yang rugi”. (Surah al-Baqarah: 121)

Bentuk hujahan dalam ayat ini ialah, Allah SWT telah menyifatkan kepada orang-orang yang dianugerahkan al-Kitab dengan sifat pujian. Mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan. Hak tilawah mempunyai makna yang umum, termasuk di dalamnya yang pertama ialah memperelokkan tartilnya, menghafaznya, beramal dalam bentuk yang sempurna. Perkara yang tidak syak lagi ialah bentuk bacaan al-Quran adalah sama dengan bentuk penerimaannya daripada Jibril a.s Maka sudah tentu ia wajib.

(iii) Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al Quran itu) kepada (Muhammad SAW) secara Tartil (bertajwid)”

Adapun dalil dari As Sunnah adalah seperti berikut:

(i)Hadis yang diriwayatkan daripada Anas R.A. apabila beliau ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah SAW, maka katanya:
فقال كانت مداّ ثمّ قرأ (بسم الله الرحمن الرحيم) يمدّ ببسم الله ويمدّ بالرحمن ويمدّ بالرحيم

Maksudnya: “Adakah bacaan Rasulullah SAW itu panjang, kemudian (Anas menunjukkan bacaan Baginda) membaca (بسم الله الرحمن الرحيم) dengan memanjangkan بسم الله dan memanjangkan الرحمن dan memanjangkan الرحيم (Hadis 4658 dari Sahih Al Bukhari).

Dalil dari Ijma` Ulama

Para ulama sepanjang zaman sejak dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang telah bersepakat menyatakan bahawa membaca Al Quran secra bertajwid hukumnya adalah fardhu dan wajib. Pengarang Kitab Nihayah menyatakan: “Sesungguhnya telah Ijmak (sepakat) semua imam, dari kalangan ulama yang dipercayai, bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi SAW lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikakan kewajiban ini” (Al Juraisi, Muhammad Makki Nasr, Kitab: نهاية قول المقيد m.s.11)

Imam Ibnu Jazari pula menyatakan dalam puisi kitabnya (Matan Al Muqaddimah oleh Imam Al Jazari baris ke 27 – 29):
والأخذ بالتجويد حتم لازم من لم يجود القرءان ءاثم
Mengamalkan tajwid itu suatu kewajiban
Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan
لأنه به الإله أنزلا وهكذا منه إلينا وصلا

Kerana Al Quran itu turunnya dari Tuhan
Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan
وهو أيضا حلية التلاوة وزينة الأداءوالقرءاة
Tajwid juga perhiasan bacaan
Dan hiasan sebutan dan bacaan
Dali-dalil di atas jelas menunjukkan keutamaan membaca Al Quran dengan bertajwid sebagaimana ia diturunkan kepada Rasulullah SAW. Pembacaan Al Quran itu adalah semestinya dipelajari dan diambil daripada orang yang ahli tentangnya, tidak memadai mengambilnya dengan perantaraan pembacaan buku semata-mata. Ini adalah kerana, ada perkara-perkara tertentu yang hanya dapat dikuasai kemahirannya dengan mengambilnya dari sebutan guru-guru yang berkeahlian seperti sebutan raum, isymam, tashil dan lain-lain.

Adalah sesuatu yang mustahil dan tidak dapat diterima oleh akal bahawa Rasulullah SAW tidak membaca Al Quran dengan tajwid yang betul atau para sahabat pula telah menyelewengkan bacaan yang mereka terima daripada Rasulullah SAW, maka apakah alas an yang boleh diterima untuk membenarkan seseorang itu membaca Al Quran tanpa bertajwid sebagaimana ia diturunkan?

Faedah mempelajari Ilmu Tajwid

FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TAJWID
1. Ilmu Tajwid merupakan semulia-mulia dan sebaik-baik ilmu pengetahuan,kerana ia berkaitan terus dengan Kalam Allah .

2. Dapat memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al-Quran

3. Mengharapkan keredhaan Allah S.W.T serta kebahagiaan di dunia dan akhirat .

4. Merupakan satu tanggung jawap yang harus dilaksanakan sebagai seorang muslim
walaupun hukum asalnya Fardhu Kifayah.

5. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al Quran. Oleh kerana membaca al Quran dengan bertajwid itu ialah suatu kewajiban bagi setiap muslim, maka melakukan kesalahan bacaan hukumnya adalah HARAM sementara mencacatkannya merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan terbahagi kepada dua:
i.Kesalahan Nyata “ Lahn Jaliy ”
Bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan samada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. “ Jaliy ” di sini bermaksud suatu kesalahan yang dapat disedari dengan nyata dan terang-terangan. Ia dapat disedari oleh semua orang tak kira orang biasa ataupun orang yang mahir dalam tajwid.

Contoh : Kesalahan yang mengubah makna perkataan, kesalahan yang tidak mengubah makna perkataan serta kesalahan mengubah huruf.

Hukumnya : HARAM secara ijma’ ulama’ samada disengajakan ataupun tidak. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

ii. Kesalahan Tersembunyi “ Lahn Khofiy “
Bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, dimana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh orang yang mahir dalam tajwid ataupun para Qurra’ sahaja, dan tidak pada orang awam.

Contoh : Meninggalkan izhar,ikhfa’, idgham, iqlab, ghunnah, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tahqiq dan sebagainya. Dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.

Hukumnya : HARAM dilakukan secara sengaja ataupun mempermudah-mudahkannya. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

6. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al Quran yang betul. Dengan mempelajari ilmu tajwid, seseorang itu akan merasa yakin dengan ketepatan bacaannya. Tidak merasa ragu dengan apa jua bentuk ayat dan hukum bacaan yang ditemui pada mana-mana tempat dalam al Quran.

7. Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak ayat al Quran dan Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan kelebihan membaca al Quran serta jaminan kebahagiaan baginya.

Metode Pengambilan Ilmu Tajwid

Ilmu tajwid dengan beragam dan beraneka istilah yang ada di dalamnya secara teorinya ditulis bukan di masa Rasulullah SAW. Di masa Rasulullah SAW masih hidup, tiap orang Arab sudah tahu bagaimana cara membaca atau melafazkan Al-Qur'an dengan baik dan betul. Bahkan sekalipun orang itu belum memeluk agama Islam. Sebab Al-Qur'an memang diturunkan kepada mereka dan dalam bahasa mereka, meskipun isinya untuk seluruh manusia sedunia. Maka di masa Rasulullah SAW memang tidak diperlukan ilmu tajwid.
Ketika agama Islam melebarkan sayap ke seluruh dunia, lalu orang-orang bukan Arab memeluk Islam beramai-ramai, maka timbul masalah dalam membaca Al-Quran. Lidah mereka sukar sekali mengucapkan huruf-huruf yang ada di dalam Al-Quran. Misalnya huruf 'dhad' yang ternyata tidak pernah ada di dalam semua bahasa manusia. Sehingga bahasa Arab dikenal juga dengan sebutan bahasa 'dhad'.

Maka diperlukan sebuah disiplin ilmu tersendiri tentang bagaimana cara membaca Al-Qur'an yang baik dan betul, sesuai dengan makhraj huruf dan sifat-sifatnya. Juga bagaimana cara melafazkannya, membacanya dari mushaf dan seumpamanya. Sebab di masa Rasulullah SAW mushaf yang ada masih terlalu sederhana tulisannya. Kalau bukan kerana orang Arab, mustahil ada yang boleh membacanya. Ilmu itu dinamakan ilmu tajwid yang berfungsi menjelaskan bagaimana cara untuk membaca dan membaguskan bacaan Al-Qur'an.

Dalam sejarah Islam, Abul Aswad Ad-Du'ali merupakan orang yang berjasa dalam membuat harakat (tanda baris) pada mushaf Al-Quran. Beliau juga membuat tanda-tanda berhenti dalam membacanya (waqaf). Beliau termasuk dalam jajaran tabi'in, yaitu selapis generasi setelah sahabat Rasulullah. Disebut-sebut bahwa beliau melakukannya atas perintah dari Ali bin Abi Thalib. Setelah itu, para ulama dari berbagai penjuru negeri Islam mulai berlumba-lumba menyempurnakan apa yang telah beliau rintis. Sehingga akhirnya ilmu tajwid menjadi semakin lengkap hingga sekarang ini.

Ilmu tajwid boleh dibezakan berdasarkan praktikal mahu pun teorinya. Yang dimaksudkan dengan seorang menguasai ilmu tajwid secara praktikal ialah apabila seseorang mampu membaca Al-Qur'an dengan betul sesuai dengan makharijul huruf dan aturan-aturannya. Sedangkan yang dimaksud dengan menguasai ilmu tajwid secara teori adalah mengetahui hukum-hukum tajwid lengkap dengan istilah-istilahnya.

Antara keduanya boleh dikuasai secara terpisah atau bersatu. Misalnya, ada orang yang boleh membaca Al-Qur'an dengan betul dan sesuai dengan kaedah-kaedah ilmu tajwid sekalipun tidak boleh menerangkan istilah-istilah hukum bacaan tersebut. Dan sebaliknya, boleh jadi ada orang yang secara teorinya faham dan mahir semua aturan teori cara membaca Al-Qur'an, tapi apabila membacanya, bacaannya terpesong dari tuntutan ilmu tajwid yang sebenarnya.

Firman Allah yang bermaksud:
Dan bacalah Al Qur'an itu dengan tartil. (Al-Muzzammil : 4)

Sebagai seorang muslim, maka kewajiban kita adalah membaca Al-Qur'an sebagaimana dibacakan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW. Apa yang kita dengar itulah yang harus diikuti dan dibaca. Bermula dari bagaimana bentuk tulisannya atau apa nama hukumnya. Karena tulisan dan istilah hukum bacaannya adalah sesuatu yang datang kemudian.

Kesimpulannya, metode tajwid adalah suatu ilmu yang diwarisi secara turun temurun secara mulut ke mulut, bermula dari Rasulullah SAW yang menerima bacaannya dari Malaikat Jibril a.s. Kemudian Rasulullah SAW mewariskan pembacaannya tersebut kepada para sahabat. Kemudian dari merekalah Al Quran dan tajwid itu diwarisi secara musyafahah (mulut ke mulut) serta terpelihara keaslian dan ketepatan bacaannya sampai kepada kita hingga ke hari ini.

Sejarah Perkembangan Tajwid

Dari sejarah pula perkembangan ilmu tajwid bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi, di mana mengikut sejarah, Rasulullah menerima wahyu dari Jibril sudah pun dengan bertajwid, Cuma pada masa itu tidak ditekankan hukumnya dengan terperinci dan dibukukan. Orang yang mula-mula sekali membukukan ilmu ini ialah Imam Al-‘Azim Abu Abid Qasim bin Salam pada kurun yang ke 3 Hijrah. Manakala ada pendapat lain pula mengatakan orang yang mula-mula membukukan ilmu ini ialah Hafs bin ‘Umar al-Duri.
Ilmuan sejarah juga menyatakan perkembangan ilmu tajwid di zaman Rasulullah SAW seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu lain. Walaupun begitu, seluruh hukum yang berkaitan seperti hukum nun sakinah, mim sakinah, mad, waqaf dan sebagainya belum dinamakan dan dibukukan.

Penulisan dalam ilmu tajwid sejak dulu dan sekarang tidak begitu banyak. Punca utama ialah kerana perbahasan ilmu itu sendiri yang tidak begitu meluas dan kandungan babnya tidak banyak. Selain dari itu ia lebih tertumpu kepada latihan amali dan jarang sekali didapati ia diajar dalam bentuk kuliah dan perbincangan hukum semata-mata.

Kitab yang pertama dalam ilmu tajwid ialah dalam bentuk nazam (syair). Ia telah dihasilkan oleh Abu Mazahim al-Khaqani yang wafat pada tahun 325 hijrah iaitu di akhir kurun yang ke 3 hijrah. Nazam tersebut dianggap yang terawal dalam ilmu tajwid.
Di Malaysia, sejarah perkembangan ilmu tajwid adalah selari dengan sejarah perkembangan Islam. Mengikut pendapat ahli sejarah, Islam mula bertapak di Malaysia pada abad ke 15 di mana Melaka telah muncul sebagai pusat perdangangan yang penting di Asia Tenggara. Para pedagang termasuk pedagang Arab telah datang ke Melaka untuk berdagang. Di samping berdagang, mereka juga cuba menyebarkan Agama Islam. Mengikut sejarah Melayu, Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah diIslamkan oleh Sheikh Abdul Aziz dari Mekah pada tahun 1414 yang kemudiannya berkahwin dengan puteri Islam dari Pasai. Melalui perkembangan Islam inilah, para mubaligh dari Arab telah mengajar al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan sunnah Nabi.

Di dalam pengajaran al-Quran, ilmu tajwid diberi penekanan yang serius agar pembacaan umat Islam betul dan mengikut apa yang telah disunahkan oleh Rasulullah. Usaha mengajar al-Quran dijalankan melalui madrasah-madrasah, rumah-rumah individu (tok imam) dijalankan oleh para mubaligh dari negeri Arab. Mereka menjalankan pengajian al-Quran secara bersemuka bertujuan orang yang diajar dapat membaca al-Quran dengan bertajwid. Dari sinilah bermulanya perkembangan ilmu tajwid di Malaysia.

Pada peringkat awal ramai mubaligh asing terutama dari arab dan India datang ke Melaka untuk menyebarkan dakwah islam. Setelah beberapa lama lahirlah pula para mubaligh yang terdiri dari anak-anak tempatan Melaka. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menyebarkan islam dan pembacaan al-Quran bertajwid kepada penduduk-penduduk tempatan dan negeri-negeri lain di persekitaran. Konsep dakwah yang disarankan oleh islam turut mempengaruhi faktor penyebaran Islam (Al-Quran dan Syariat Islam). Setiap individu islam bertanggungjawab menyampaikan ajaran ini kepada orang lain, telah menyebarluaskan lagi islam di Malaysia.

Sejarah juga menyatakan bahawa Islam sampai ke Kedah pada 291 H (903 M) dengan penemuan batu nesan tertua di Tanjung Inggeris. Di negeri Kelantan pula pada tahun 577H (1181 M) dengan penemuan dinar emas di Kota Kubang Labu, Tumpat. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada 702H (1302M) membuktikan bahawa negeri Terengganu juga menerima Islam. Ini kerana diyakini oleh ahli sejarah Islam bahawa perkembangan pengajian al-Quran dan tajwid juga bermula dari tarikh dan tempat tersebut.

Mengikut sejarah perkembangan ilmu tajwid, penyusun ilmu tajwid yang pertama dalam bahasa Melayu adalah seorang ulamak yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu Mu’ti bin Syeikh Muhammad Salih al- Kalantani. Asal usulnya tidak diketahui tetapi mengikut sejarah nama di akhir adalah al-Kalantani, berkemungkinan beliau berasal dari Kelantan.( nama ini terdapat dalam sebuah buku karya beliau ). Berdasarkan kepada bukunya mengenai ilmu tajwid, yang bertajuk “ Mir’atul Quran fi Tashili Ma’rifati Ahkamit Tajwid lil Mulkil Wahhab” dihasilkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M adalah tarikh terawal mengenai ilmu itu yang ditulis dalam bahasa Melayu. Beliau juga telah mengambil kitab tafsir Bahasa Melayu “Turjumanul Mustafid”, Karya Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri yang merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa Melayu. Buku ilmu tajwid karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti ini telah disalin semula oleh Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu bermula pada tahun 1235H (1819) dan disiapkan pada tahun 1265H bersamaan 1848M. (mengambil masa sekitar 42 tahun untuk menyiapkannya).

Terdapat juga beberapa orang ulamak dari kerajaan Sambas, Indonesia yang telah menulis ilmu tajwid dalam versi Melayu, diantaranya ialah Haji Khairuddin ibnu Haji Qamaruddin Sambas, yang telah menulis beberapa buah buku termasuklah ilmu tajwid tetapi tidak dinyatakan tarikhnya. Kandungannya membincangkan ilmu tajwid secara lengkap untuk peringkat asas (Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah, internet 5 May 2008 - Isnin ). Seorang lagi Ulamak Sambas yang menulis tajwid ialah Haji Mohd Yasin bin Al-Haji Muhammad Sa’ad Sambas di mana buku tajwid yang ditemui di karang oleh beliau ialah “ Ilmu Tajwid”. Buku ini diselesaikan di Mekah, Waktu Dhuha, hari Sabtu bersamaan 20 Syawal 1285H. Kandungannya menjelaskan tentang ilmu Tajwid al-Quran. Pada bahagian awal ditulis dalam Bahasa Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Bahagian kedua semuanya menggunakan bahasa Melayu. Manuskrip ini diperolehi di Pontianak, Kalimantan Barat. Ia pernah dimiliki oleh salah seorang keturunan Kerabat Diraja Kerajaan Pontianak. Tarikh Perolehan ialah pada 11 Rabiulawal 1423H hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2002M.

Keutamaan Tajwid

KEUTAMAAN TAJWID

Allah SWT berfirman dalam Surah Az Zumar ayat 23 yang bermaksud:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya dengan berbagai cara): yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.”

“Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut undang-undang peraturanNYA); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat member hidayah petunjuk kepadanya”.

Pada ayat di atas diisyaratkan bahwasanya Al-Quran idealnya dibaca dengan benar, baik agar dapat mempengaruhi hati mereka yang mendengarnya. Sebaliknya, jika al-Quran dibaca dengan seenaknya, maka tidak akan berpengaruh apapun bagi hati yang mendengarnya.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya : "Seorang yang pandai membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia, sedangkan seseorang yang membaca Al-Quran dengan terbatas dan kesusahan, maka baginya ada dua pahala " (HR Bukhori & Muslim)

Pengenalan Tajwid

PENGENALAN TAJWID

Menurut Muhammad Mahmud Abdul Alim dalam bukunya أحكام التجويد وفضائل القرءان (2003) menyatakan bahawa tajwid pada bahasa ialah هو التحسين والإتقان dan pada istilah ialah هو العلم الذي يبحث في الكلمات القرءانية من حيث إعطاء الحروف حقها ومستحقها manakala menurut Haji Abdul Qadir Leong Al Azhari dalam bukunya Tajwid Al Quran Rasm Uthmani (1997), tajwid pada bahasa ialah “memperelokkan sesuatu” dan pada istilah ialah “melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya, dan mustahaknya yakni sifat mendatangnya.
Selain dari itu menurut Haji Abdul Ghani Ariffin dalam bukunya Panduan Tajwid Dan Tarannum (2007) menyatakan bahawa tajwid ialah “ilmu yang membicarakan tentang cara-cara membaca ayat-ayat Al Quran menurut hukum-hukum tajwid yang tertentu dengan menyebut makhraj huruf yang sesuai mengikut sifat-sifatnya”.

Muhamad Jamal Al Amir dalam bukunya Latihan Soal Jawab Tajwid (2006) mejelaskan bahawa tajwid pada bahasa ialah “memperindahkan atau memperbaguskan” manakala pada istilah pula ialah “ memberikan kepada setiap huruf mana-mana sifat yang mesti dipersifat huruf seperti همس (sembunyi) جهر (jelas) شذّة (keras) dan رخاوة (lunak) sehinggalah setiap huruf itu dapat keluar dari makhraj masing-masing dengan sempurna”.

Azhari Ibrahim dalam bukunya Kitab Pelajaran Tajwid (1995) menyatakan bahawa tajwid ialah “ilmu yang membicarakan tentang cara-cara membaca ayat Al Quran menurut hukum-hukum yang tertentu dengan mengucapkan huruf-huruf mengikut ketentuan asal makhrajnya dan ketentuan yang baru mendatang seperti tafkhim, tarqiq dan sebagainya”.

Menurut Surur Shihabuddin An Nadwi dalam bukunya علم التجويد برواية حفص عن عاصم من طريق الشاطبية (2007) menjelasakan bahawa tajwid pada bahasa ialah “mengelokkan atau mencantikkan” manakala dari segi istilah ialah “suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al Quran dengan betul”.

Selain dari itu tajwid juga didefinisikan sebagai “ satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz Al Quran (Khairul Anuar Mohamad, Zulhilmi Mohamed Nor, 2007).

Kesimpulannya, tajwid ialah satu ilmu yang membicarakan serta menyatakan cara-cara membaca al Quran, bagaimana melafazkan hurufnya dimana tempat ianya bermula dan dimana tempat berakhirnya serta lain-lain hubungan dengan tatacara yang tepat menurut kehendak ilmu tajwid Al Quran.

Fardhu Kifayah

BERDASARKAN ajaran al-Quran dan Sunnah, pada umumnnya ada dua kewajipan utama bagi umat Islam mukalaf (dewasa dan berakal) laksanakan iaitu ibadah fardu ain dan fardu kifayah.

Fardu ain, ibadah yang pada prinsipnya boleh dilaksanakan sendiri oleh setiap orang Islam seperti digariskan dalam Rukun Iman dan Rukun Islam.

Fardu ain lebih utama daripada fardu kifayah kerana fardu ain, tanggungjawab individu dan tidak boleh menggantikannya kepada orang lain.

Tuntutan fardu ain adalah ibadah akar umbi bagi menguatkan keimanan umat Islam ke arah menjalankan tugas atau ibadah yang lebih luas kepada agama, masyarakat dan negara. Sebahagian besar fuqaha berpendapat fardu bermakna wajib berdasarkan dalil dalam al-Quran, sunnah, ijma dan qias.

Fardu kifayah pula, ibadah yang pada prinsipnya untuk manfaat orang ramai atau ibadah yang sukar dilaksanakan secara individu kerana memerlukan ilmu, kemahiran atau membabitkan kos tinggi.

Dalam kitab fiqh, contoh ibadah fardu kifayah seperti menjawab salam, menziarah orang sakit, menguruskan jenazah, mendirikan solat jenazah, berjihad, menerbitkan tafsir al-Quran, hadis dan ijtihad.

Hukum Islam menetapkan, memadai jika fardu kifayah itu dilaksanakan sekurang-kurangnya seorang atau sekumpulan saja, maka umat Islam di sesuatu kariah atau kelompok berkenaan terlepas daripada memikul dosa.

Sekali imbas berdasarkan contoh itu, konsep fardu kifayah berkisar kepada perkara yang berkaitan dengan agama saja.

Bagaimanapun, kalau kita perhatikan semangat dan kekuatan daripada contoh ibadah yang diberikan oleh fuqaha, didapati konsep fardu kifayah merujuk kepada tanggungjawab ibadah secara jemaah ke arah memenuhi tanggungjawab sosial dan penghayatan ajaran Islam menyeluruh.

Ini bermakna konsep fardu kifayah luas dan tidak berkisar kepada ibadah atau pekerjaan yang bersifat keagamaan semata-mata.

Oleh yang demikian, bidang pertanian, perundangan, pendidikan, kesihatan, perikanan, pengangkutan, ilmu sains dan teknologi, kesenian dan isu tanggungjawab sosial yang membawa keseiahteraan kepada agama, masyarakat dan negara adalah tuntutan fardu kifayah.

Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah memerintahkan, hendaklah ada sekumpulan di kalangan umat-Nya menyeru dan melaksanakan kebajikan, kebaikan dan mencegah kemungkaran bagi mendekatkan kita kepada Allah (ali-Imran: 104).

Abu Umamah meriwayatkan Rasulurah bersabda, "bahawa Allah, malaikat serta seluruh penghuni langit dan bumi termasuk semut di darat dan ikan di laut mengucap salawat (meminta ampun) untuk orang yang memberi perkhidmatan yang berfaedah kepada manusia (riwayat Tirmizi).

Ajaran Islam lebih mudah berkembang dan tersebar dengan pembabitan secara berjemaah.

Setiap individu mempunyal tanggungjawab bersama bagi membina kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Semua tanggungjawab itu bukan hanya untuk masyarakat atau negara, tetapi menjurus mendekatkan diri kita kepada AIlah.

Ketika zaman pemerintahan Abasiyah pada abad ke-11 Masehi, ulama dan umat Islam menterjemahkan konsep fardu kifayah itu dalam skop lebih luas. Sumbangan fardu kifayah mereka bukan saia dalam isu keagamaan tetapi juga dalam hal tanggungjawab sosial.

Sumbangan besar itu termasuk bidang perubatan, pendidikan, senibina, geografl, matematik dan ilmu sains. Kesan sumbangan besar tamaddun Islam itu boleh dilihat hingga kini dan memberi manfaat besar kepada manusia.

Pada masa ini, bangsa Yahudi, Eropah, dan jepun dikagumi kerana mereka menjadi bangsa penggerak kemajuan dunia.

Bangsa ini menjadikan bidang ilmu yang berorientasikan teknologi tinggi dan professional sebagai pemangkin membawa kemajuan kepada mereka. Oleh itu kita dapati semua negara maju semakin pantas meneroka dengan mencipta pelbagai produk bersumberkan kepada ilmu sains dan teknologi.

Kalau dibandingkan dengan beberapa kaum minoriti di negara kita, ternyata umat Islam ketinggalan jauh dalam bidang sains teknologi walaupun umat Islam menjadi penduduk majoriti. Kelemahan ini boleh menggugat jati diri umat Islam.

Apakah faktor kelemahan itu sebahagiannya berpunca daripada salah faham terhadap konsep fardu kifayah ? Memang benar pembabitan minimum dalam fardu kifayah itu membebaskan umat Islam daripada berdosa tetapi Islam menghendaki umatnya berfikir secara positif, iaitu pembabitan umat Islam secara maksima paling afdal kerana mempercepatkan memenuhi tuntutan Allah itu.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku'nya Fiqh al Aulawiyat, bidang fardu kifayah mempunyai darjat berbeza-beza mengikut masa dan keadaan. Keperluan bidang fardu kifayah di sesuatu tempat yang tidak banyak umat Islam mengambil bahagian lebih afdal berbanding bidang yang banyak umat Islam terbabit.

Malah, menurut Syeikh Yusuf lagi bidang fardu kifayah itu boleh bertukar menjadi fardu ain jika keperluan itu amat terdesak dan menjaga maslahah umat Islam.

Ulama dan cendekiawan Islam wajar memberi perhatian terhadap pandangan Syeikh Yusuf itu. Kita yakin adalah tidak bercanggah dengan ajaran Islam jika kita mengkategorikan beberapa bidang ilmu sains teknologi dan beberapa bidang yang lain sebagai fardu ain bagi menggerakkan umat Islam, melaksanakan tuntutan Allah itu.

Dalam kelas pengajian di masjid dan surau di seluruh negara, kita dapati kelas fardu ain sejak turun temurun lagi ialah mempelajari sifat 20, iaitu ilmu mengenal Allah.

Sebahagian besar orang tua, terutama di luar bandar menghafaz sifat ini walaupun mereka sukar memahaminya. Mereka berbuat demikian kerana ia sebahagian tuntutan fardu ain dan jika tidak melaksanakannya maka mereka akan berdosa.

Konsep fardu ain dan fardu kifayah adalah dua konsep yang berkait rapat, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai kepentingan bagi meningkatkan jati diri umat Islam.

Kombinasi konsep ini, jika dihayati sepenuhnya akan mengseimbangkan pembangunan rohani dan fizikal. Pembangunan yang seimbang ini akan melahirkan umat Islam sebagai umat terbaik dan melahirkan negara aman makmur yang dinaungi Allah, iaitu baldatun tayyibatun warabbul ghafur.