Monday, July 26, 2010

Singgah Sekejap



Dah lama tak tengok blog sendiri. Ni singgah kejap tengok kalau ada bil2 yang nak kena bayar.

Thursday, May 27, 2010

Blog Yang Semakin Sepi


Sejak adanya FACEBOOK, aku dah makin jarang melawat blog aku sendiri..... begitulah penguasaan FB kepada penduduk dunia..... apa itu FACEBOOK.... JOM CARI MAKLUMAT FACEBOOK..... layaannnnn

Sunday, April 4, 2010

Apa Aku Nak Buat..........

Sekarang ni hujan. Sambil tu aku pekena cucur udang dengan kopi "o" panas. Lazats bila dihidangkan time2 hujan. Pergh!!!! Sambil tu juga .... "apa aku nak buat......"?

Wednesday, March 10, 2010

Nasib Guru PAI Dan J-QAF

Sabtu, 2009 November 14
Guru j-QAF Sabah, Sarawak mahu keadilan
SAYA tertarik dengan luahan 'Jefri' dalam ruangan ini Khamis lalu bertajuk 'Guru tinggal berjauhan dengan suami 2 tahun'. Saya rasa semua guru j-QAF dan guru agama di seluruh Sarawak dan Sabah menyokong penuh kenyataannya itu. Masalah ini mungkin remeh dan ringan bagi orang lain terutama pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran di Putrajaya (Bahagian Pendidikan Islam). Namun, derita dan kesusahan serta masalah yang kami tanggung , hanya kami, rakan dan Allah yang tahu. Sememangnya tidak dinafikan kebajikan guru j-QAF tidak diambil berat oleh pihak berwajib. Bukan setakat soal perpindahan saja malah pelbagai isu lain mengenai j-QAF terutama di Sarawak dan Sabah, tidak dipandang oleh pihak kementerian.

Yang mereka tahu kalau datang ke sekolah hanya dengan membawa check list kesalahan dilakukan kami. Tiada ruang untuk kami mengadu masalah. Belum sempat untuk meluahkan masalah, terus saja diserang dengan pelbagai soalan bertujuan mencari kesalahan dan kelemahan kami. Kami begitu sedih melihat keadaan ini berlaku. Langsung jatuh motivasi kami. Tugas 'orang atasan' merangsang motivasi 'orang bawahan' dengan bertanya dan menyelesaikan masalah mereka bukannya menghentam. Kami sudah bosan untuk menceritakan masalah dan kesukaran kami bertugas jauh di Sarawak dan Sabah ini. Senarainya cukup panjang. Tapi jika ditulis masalah itu sebagai alasan dalam borang perpindahan, rasanya dipejamkan saja mata pihak berkenaan.
Cuma di sini saya ingin mempersoalkan akan nasib kami sebagai Guru j-QAF dan guru agama di bumi Sarawak dan Sabah ini. Sampai bila kami harus menunggu untuk dibenarkan berpindah ke Semenanjung. Kami menjadi risau kerana pengambilan guru j-QAF baru adalah yang terakhir pada 2010. Dalam Parlimen baru-baru ini terdengar ura-ura j-QAF akan dikembangkan ke sekolah menengah. Adakah kami yang akan ditugaskan di sekolah menengah pula? Tidak kira apa sekalipun rancangan kementerian, yang penting kebajikan kami dalam soal pindah ini perlu diberi perhatian. Memang betul kami makan gaji dan perlu patuh tapi kalau sampai menjejaskan moral dan semangat kami, macam mana kami hendak bekerja dengan baik? Berbeza dengan guru akademik lain, tidak sampai setahun datang ke Sarawak sudah boleh berpindah. Sungguh pelik. Kalau alasan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang mengatakan Sarawak kekurangan guru agama tempatan, jadi kenapa guru akademik yang diganti juga dari Semenanjung? Tidak bolehkah guru pelatih j-QAF baru datang ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung macam kami dulu.
Kenapa ditempatkan kebanyakan guru di Semenanjung saja, sehinggakan ada kes guru j-QAF yang menolak tawaran penempatan di Sarawak tetapi kemudiannya ditawarkan semula bertugas di Semenanjung. Adilkah begini? Kami berharap masalah ini mendapat perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kementerian. Kami juga rakyat Malaysia yang menyokong slogan Perdana Menteri 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

MUALIM BORNEO,
Sarawak.

Utusan Malaysia Online: 14 November 2009

Saturday, February 13, 2010

Mutiara Kisah

Kepala Aswad Dicampak ke Tanah

Setelah berhasil menghubungi Azaz, Qais segera keluar dan berunding dengan kawan-kawannya mengenai jalan terbaik untuk membinasakan Aswad. Sementara Aswad sendiri semakin terasa bahawa ada komplotan yang ingin memudaratkan dirinya. Dia mendapat tahu perkara ini dari syaitan-syaitan yang menjadi temannya. Dia mencurigai Fairuz dan selalu memanggilnya untuk disoal siasat, tapi Fairuz menafikan bahawa dirinya sedang memendam rasa benci.

Suatu hari Aswad mengadakan sembelihan haiwan secara besar-besaran yang terdiri dari seratus ekor lembu dan unta di hadapan orang ramai. Tiba-tiba Aswad berkata kepada Fairuz: “Wahai Fairuz! Aku telah menerima wahyu bahawa engkau benar-benar ingin memusnahkan aku. Aku benar-benar bercadang akan menyembelih engkau seperti haiwan-haiwan ini.”

Sekali lagi Fairuz menafikan tuduhan itu dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang membanggakan Aswad. Fairuz mengingatkan Aswad bahawa dirinya telah diberi pangkat sebagai pengetua kaum peranakan dan juga masih iparnya, mana mungkin akan menaruh dendam?

“Aku menyukai tuan, sebagaimana tuan menyukai aku.” kata Fairuz.

“Betul itu. Baiklah sila agih-agihkan danging haiwan ini kepada orang ramai.” kata Aswad Al-Insi.

Akan tetapi apabila Fairuz selesai membagi-bagikan daging dan ingin berjumpa dengan Aswad, dia mendengar berita bahawa nabi palsu itu betul-betul ingin membunuhnya. Fairuz segera pergi kepada teman-teman sehaluannya untuk berunding. Masa telah suntuk. Kalau nabi palsu itu tidak segera dibunuh, nasib mereka yang diketahui belot pasti sangat berbahaya. Ketiga-tiga orang penting itu telah nekad untuk bekerja sama dengan isteri paksa Aswad untuk membunuhnya. Fairuz dipilih untuk berjumpa terus dengan Azaz, kerana dia masih sepupunya.

“Bilik-bilik kediaman Aswad dipagar dan dipenuhi dengan pengawal-pengawal, kecuali bilik yang ini yang tidak begitu ketat kawalannya.” kata Azaz kepada Fairuz.

Walau bagaimanapun Azaz yang sangat menaruh dendam terhadap Aswad memberikan cara rahsia untuk sampai ke bilik tidur orang yang dibencinya itu. Dia mengarahkan agar membuat suatu lubang sulit yang boleh mencapai bilik Aswad, dan dia sendiri akan membantunya secara sulit pula. Setelah berbincang banyak, Fairuz segera berpaling akan keluar dari rumah Azaz. Akan tetapi tiba-tiba Aswad datang dan melihat Fairuz baru keluar dari Azaz.

“Kurang ajar. Hai Fairuz! Mengapa engkau berani masuk ke tempat isteriku?” kata Aswad dengan marahnya.
Tidak ampun lagi, Aswad menangkap batang leher Fairuz dan akan membunuhnya ketika itu juga. Nasib baik Azaz segera datang dan berteriak: “Jangan apa-apakan! Dia adalah saudara sepupuku datang menziarahiku. Apa salahnya.”

“Engkau diam!” kata Aswad menengking Azaz.

Kerana masih merasa sangat sayang kepada Azaz yang sangat cantik jelita itu, Aswad tidak jadi membunuh Fairuz. Dia melepaskan cengkamannya dengan kasar sambil berkata: “Berambuslah engkau dari sini!”

“Selamat, selamat......” kata Fairuz yang masih ketakutan itu ketika berjumpa dengan kawan-kawannya dan menceritakan apa yang telah terjadi.

Mereka terus berbincang langkah seterusnya. Azaz pula mengirim pesan agar azam mereka diteruskan dan menyatakan sokongannya. Ketika Aswad tidak ada, Fairuz masuk lagi ke rumah Azaz dan segera menggali lobang sulit. Tiada berapa lama Aswad pun datang, dan Azaz sudah bersedia dengan sikap seperti seorang yang sedang berziarah.

“Siapa lagi ini?” tengking Aswad.

“Dia saudara sesusuanku dan juga sepupuku. Mengapa engkau selalu curiga?” jawab Azaz.

Fairuz pun dihalau keluar dan berjumpa dengan teman-temannya.

Pada sebelah malam, mereka pun masuk ke rumah Aswad melalui lubang sulit yang telah dibuatnya. Azaz pula sudah siap sedia memberikan laluan kepada mereka untuk membunuh suaminya. Malam itu Aswad sedang berada dalam keadaan separuh sedar kerana mabuk arak dan tertidur pulas di atas tilam sutera. Ketika Fairuz masuk, syaitan-syaitan Aswad mengejutkannya lalu didudukkannya dalam keadaan separuh sedar.

“Ada apa dengan engkau hai Fairuz?” kata Aswad yang sedang tertidur mabuk itu.

Fairuz khuatir Aswad akan sedar. Oleh kerana itu dia cepat-cepat menangkap kepalanya, menekan lehernya dari belakang, dipijak lalu dihantuk-hantukkannya kepala nabi palsu itu sehingga mati. Kemudian Fairuz keluar memberitahukan teman-temannya yang sedang mengepung di luar bahawa nabi palsu itu sudah mati. Gegap gempitalah takbir di sekitar itu. Akan tetapi syaitan-syaitan Aswad selalu menggerak-gerakkan tubuhnya sehingga kelihatan seperti masih hidup.

Mereka pun tidak dapat memastikan bahawa dia telah mati. Azaz segera menarik rambut Aswad kuat-kuat, sehingga syaitan Aswad tak tentu hala. Sedang orang yang lain terus memotong lehernya, sehingga terpisahlah kepala nabi palsu itu dari badannya. Orang-orang yang berkawal di sekitar rumah kediaman Aswad merasa curiga apabila mendengar suara yang mencurigakan.

“Suara apa itu?” tanya mereka.

“Tidak ada apa-apa, hanya nabi sedang menerima wahyu.” jawab Azaz.

Fairuz, Qais dan Dazwiyah berunding cara yang paling berkesan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa nabi palsu itu sudah dibunuh. Mereka sepakat untuk mengumpulkan orang ramai di sekitar istana menjelang Subuh. Menjelang Subuh, orang ramai pun berkumpul berpusu-pusu di sekitar istana kerana mengikut arahan. Mungkin dikatakan kepada mereka bahawa nabi Aswad memintanya mereka agar berkumpul. Mereka yang berkumpul bukan saja dari pengikut setia Aswad, tapi juga dari kalangan orang-orang beriman dan yang masih menyimpan iman di hatinya.

Waktu Subuh pun masuk, Qais naik ke bumbung istana lalu melaungkan azan. Apabila sampai pada lafaz Asyhadu anna Muhammadarrasulullah.....tiba-tiba ditambah dengan Wa anna Abhalah (Aswad) pendusta”. Serentak dengan perkataan Abhalah, si tukang azan tiba-tiba melemparkan kepala nabi palsu Aswad ke tanah.

Maka tahulah mereka bahawa Aswad yang angkuh itu sudah dibunuh. Maka gemuruhlah takbir, kepala Aswad lalu disepak-sepaknya ke sana ke sini. Orang ramai bertaubat dan kembali kepada agama Islam yang sebenar dan mengucapkan taat setia kepada Rasulullah SAW. Tamatlah riwayat nabi palsu Aswad Al-Insi setelah berkuasa selama lebih kurang empat bulan sahaja. Sementara di Madinah Rasulullah SAW telah mengetahui peristiwa tersebut dari Allah pada malam itu juga.

“Al-Insi telah dibunuh malam tadi oleh lelaki yang diberkati dari keluarga yang diberkati.” kata Rasulullah.

“Siapa itu wahai Rasululllah?” tanya sahabat.

“Fairuz Fairuz.” jawab Rasulullah SAW. Wallahu a’lam.

Banyak pihak merasa lega dengan kematian Aswad, tapi ramai yang masih bimbang akan kemunculan konco-konconya yang mungkin boleh menggugat keamanan kaum Muslimin. Fairuz sendiri berkata: “Setelah Aswad kami bunuh, keadaan kita kembali seperti sedia kala dengan usaha Mu’az bin Jabal, dan dia yang menjadi imam solat kami. Akan tetapi walaupun Aswad sudah tidak ada, pasukan berkuda teman-teman Aswad masih ada. Kemudian setelah tersiar berita kewafatan Rasulullah, timbullah kegelisahan di merata tempat.”

Kebimbangan Fairuz itu menjadi kenyataan apabila dikemudian hari banyak lagi Nabi palsu dan pembelot agama membuat kekacauan. Bahkan Qais bin Abdi Yaguth juga tiba-tiba murtad dan ingin berkuasa sepenuhnya, tapi dapat dipadamkan akhirnya.

Kisah Lucu 2

Telah diriwayatkan dalam suatu kisah lucu yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah di mana seorang guru berdiri di hadapan pelajar lalu bertanya kepada mereka: “Adakah awak semua boleh melihat saya?” Para pelajar menjawab, “Ya!” Lalu guru tersebut berkata: “Ini bererti saya wujud.”

Dia bertanya lagi kepada para pelajar: “Adakah kamu semua melihat papan hitam?” Para pelajar menjawab: “Ya!” Dia berkata: “Maka papan hitam itu wujud.” Dia meneruskan pertanyaan lagi sambil berkata: “Adakah kamu melihat meja?” Para pelajar menjawab: “Ya!” Dia berkata, “Bermakna meja itu wujud.”

Dia bertanya lagi: “Adakah kamu melihat Allah?” Para pelajar menjawab: “Tidak!” Maka dia berkata, “Ini bererti Allah itu tidak wujud!”

Lantas seorang pelajar yang agak cerdik bangun dan bertanya kepada rakan-rakannya: “Adakah kamu melihat akal cikgu?” Para pelajar menjawab: “Tidak!” Dan pelajar tersebut berkata: “Ini bererti akal cikgu tidak wujud.”

Dinukil daripada kitab Allah oleh Syeikh Said Hawwa

Kisah Lucu

01- Mencuri Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu. www.familiazam.com
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu? www.familiazam.com
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

02- Raba Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ita: Ya, saya percaya. www.familiazam.com
Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

03- Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa? www.familiazam.com
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!! www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

04- Benda Lain
Soh Ah Peng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Goh Kai Huat dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.
Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Goh Kai Huat: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Goh Kai Huat: "Tidak" www.familiazam.com
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Goh Kai Huat: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

05- Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.
Nazri: "Kenapa menangis?" www.familiazam.com
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?" www.familiazam.com
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

06- Murah
Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul www.familiazam.com
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya. www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

07- Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. www.familiazam.com
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu. www.familiazam.com

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

08- Kisah Si Pelupa
Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi. www.familiazam.com
Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

09- Kurang Air
Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badanya kurang sihat.
Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.
Doktor berkata: "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam."
Dollah bertanya: " Sebenarnya apa penyakit saya doktor?"
Doktor menjawab: "Badan awak tak cukup air!" www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

10- Kotak Hitam
Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."
"Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.
Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas."
Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya. www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

11- Enjin Boeing
Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.
Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.
Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?" www.familiazam.com
Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya.
"Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.
Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"
Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."
Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah." www.familiazam.com
Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."
Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

12- Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?" www.familiazam.com
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih" www.familiazam.com
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih." www.familiazam.com
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama." www.familiazam.com
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

13- Lihat Otak
Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Saksi: "Tidak." www.familiazam.com
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak." www.familiazam.com
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

14- Gosok Mata
Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?" www.familiazam.com
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!" www.familiazam.com
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

15- Bawa Dadah
Selepas semalaman menaiki penerbangan untuk melancung, suami-isteri bersama 6 orang anak mereka berusia 11 tahun kebawah tiba di Rhein-Main Air di Jerman. Ketika menunggu giliran mengambil beg mereka, keluarga itu didatangi beberapa orang pegawai kastam negara itu.
Pegawai Kastam: "Maaf, boleh tanya sikit?"
Pasangan suami-isteri: "Boleh." www.familiazam.com
Pegawai Kastam: "Adakah semua beg dan anak-anak ini datang bersama tuan?"
Pasangan suami-isteri: "Ya, mereka semua datang bersama kami, apa hal encik?"
Pegawai Kastam:"Tak ada apa, Adakah tuan dan puan membawa sebarang senjata merbahaya atau dadah terlarang bersama?"
Pasangan suami-isteri: "Kalau ada pun tak kan kami nak cakap!"
Pegawai Kastam: "?????"www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

16- Tujuh Cawan
Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.
Gadis:"Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?"
Pelayan: "Saya rasa mungkin tujuh cawan."
Gadis: "Baiklah.....Bagi saya dua cawan teh,empat cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.
Pelayan: ????? www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

17- Perut Buncit
"Tak baik hisap jari, nanti perut buncit", itulah kata-kata si ibu setiap kali anak kecilnya Amin menghisap jari. Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan anaknya daripada terus- terusan berbuat begitu. Alhamdulillah, kata-kata si ibu dapat menakutkan anaknya. Amin tidak lagi menghisap menghisap jari." Nanti perut Amin buncit..." katanya apabila ditanya tentang tabiat itu. www.familiazam.com

Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik. "Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

18- Tidak Setabil
Seorang jururawat yang cantik mengadu kepada doktor,setiap bacaan denyutan nadi pesakit lelaki yang direkodkannya tidak stabil dan kadang-kala dalam keadaan mencemaskan. www.familiazam.com
Jururawat: "Saya hairan setiap kali menghampiri dan merekodkan nadi mereka, ia menjadi kencang dan dada turun naik?" Doktor: "Senang saja...tutup mata mereka dan pastikan pesakit awak tidak tahu siapa yang merawat mereka!" www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

19- Akui Diri
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!" www.familiazam.com

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 1 ]

20- Betul Atau Salah
Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua. www.familiazam.com

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"
Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya." www.familiazam.com