Wednesday, September 9, 2009

09.09.09 (Apa Yang Menarik)

Peristiwa 1:

09.09.09: Suraya (Anak Raja Azmi) Bertunang




KL, 22 OGOS 2009:
Mengambil berkat bulan Ramadan yang mulia, produser sensasi Raja Azmi mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan anak gadisnya, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem .... Dalam Botol, Mohd Shadan Hashim, 34.

Apa yang Miss Propa dengar, selama ini Shadan memang sudah rapat dengan keluarga Raja Azmi dan suaminya, bekas jaguh badminton, Mohd Jalani Sidek. Memandangkan sikap Shahdan yang baik dan cukup disenangi keluarga Raja Azmi, dia dirasakan paling layak menjadi calon menantu.

Khabarnya, kedua-dua pasangan itu sendiri sudah lama menyimpan hati terhadap diri masing-masing. Oh ya, Shadan juga adalah pengarah filem Haru Biru yang dilakonankan oleh Ijoi Azahari, Que Haidar dan Dynas.

Miss Propa dimaklumkan, tarikh yang dipilih untuk majlis pertunangan itu adalah pada 09.09.09 ini yang dilangsungkan selepas majlis berbuka puasa. Kebetulan, Raja Azmi pun hendak menunaikan ibadah haji pada tahun ini, lalu dia pun berhajat majlis itu dilaksanakan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Baguslah...

Pada kesempatan ini Miss Propa nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimah. Dalam pada itu, jagalah kesihatan kita dan berhati-hati dengan ancaman H1N1 ya.

(Peristiwa 2) 09.09.09:

Seremban diisytihar bandar raya 09.09.09

SerembanSerembanMenteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengumumkan pengisytiharan rasmi Seremban sebagai bandar raya yang akan dibuat pada 9 September 2009.

Menurutnya, tarikh 09.09.09 itu mendapat kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta semua syarat pengiktirafan sebagai bandar raya sudah dipatuhi.

Tambahnya, kawasan bandar raya Seremban akan meliputi bandar ini yang kini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan seluruh kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

"Dengan pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya ini, rakyat akan menikmati pelbagai manfaat. Ini termasuk peruntukan yang lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembangunan",katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Angsamas, Rantau, di sini hari ini.

Pada masa ini jumlah penduduk di bawah MPS dan MPN melebihi 500,000 orang dan pendapatan per kapita penduduk di kedua-dua kawasan telah melayakkan Seremban diisytiharkan sebagai bandar raya.

Sementara Mohamad mengingatkan penduduk di kawasan Seremban dan Nilai supaya tidak terburu-buru menjual tanah ekoran pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya.

Memanglah selepas menjadi bandar raya, nilai tanah-tanah di Seremban akan melambung naik tetapi penduduk sepatutnya tidak menjual tanah mereka kerana ia adalah harta yang yang dipertahankan.

"Apa yang penduduk perlu lakukan ialah meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam merebut peluang-peluang yang wujud berikutan pengisytiharan sebagai bandar raya",tambahnya.

Mohamad berkata, langkah menaikkan taraf ke bandar raya selaras dengan agenda kerajaan negeri mencapai status negeri maju menjelang 2010.


Peristiwa 3 (09.09.09) Berita Bernama

660 Pasangan Kahwin Serentak Sempena Tarikh 09.09.09

ALOR SETAR 9 Sept (Bernama) -- Sebanyak 60 pasangan pengantin di sini mengikat tali perkahwinan mereka secara serentak bersempena tarikh 09.09.09 hari ini.

Pasangan beragama Buddha itu dinikahkan serentak tepat pukul 9 pagi di Wat Nikrodharam di sini dalam satu upacara yang disempurnakan oleh enam orang sami Buddha yang didatangkan khas dari Tanah Besar China.

Pengerusi Persatuan Buddha Kedah, Lim Heng Wan berkata pasangan pengantin berkenaan memilih tarikh itu kerana menganggap ia sesuatu yang istimewa dan percaya akan membawa tuah berdasarkan sebutannya.

"Tarikh 9.9.09 disebut dalam bahasa Mandarin sebagai "chew chew chew" yang membawa maksud lama dan berkekalan. Ini merujuk kepada ikatan perkahwinan yang diharap akan bertahan untuk tempoh yang lama," katanya di sini Rabu.

Pasangan Teoh Chung Siong dan isterinya Tan Xie Fei ketika ditemui berkata, mereka berasa bertuah kerana dapat melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sangat bermakna itu.

"Hari ini sangat istimewa kepada saya dan isteri kerana kami melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang cukup istimewa dan berharap kami akan mendapat kebahagian," katanya.

--BERNAMA


Peristiwa 4 (09.09.09) Yang aku sendiri lihat dengan mataku...

Kemalangan Akibat Dari Bertelefon Ketika Memandu

Ketika aku dalam perjalanan ke KK hari ni (09.09.09) hari Rabu yang cerah. Setiba aku berhampiran dengan Beringgis Beach Resort, aku dikejutkan dengan kemalangan antara sebuah Kancil 660 dengan sebuah lori 6 tan.

Menurut saksi kejadian, Kancil berwarna merah dari arah Bukit Melingsung manakala lori enam tan pula dari arah bertentangan. Apa yang dikatakan ole saksi, punca kemalangan adalah dari pemandu Kancil merah tersebut yang memasuki laluan yang salah ketika melalui jalan di kawasan Beringgis.

Menurut pemandu lori yang dilanggar oleh Kancil, pemandu lori telah membunyikan bunyi isyarat beberapa kali kepada pemandu Kancil tersebut yang ketika itu sedang asyik bertelefon sehingga tidak menyedari bahawa dia telah memasuki laluan yang salah.

Di hadapan rumah inilah kemalangan itu berlaku.

Antara kereta2 yang melalui kawasan kemalangan tersebut.

Keadaan kereta Kancil 660 yang telah melanggar lori dari arah bertentangan.

Antara hasil tanaman yang mahu dijual.

Bila lihat pada keadaan kereta ... apa yang dapat digambarkan?

Eemm tak tahu nak kata....."

Inilah pemandu yang masih lagi bernyawa. Menyesal tak sudah.

No pendaftaran Kancil. Kaki nombor mesti ambil nombor ni buat taruhan.

Keadaan kereta Kancil selepas melanggar lori dari arah bertentangan.

Beringat sebelum kena.. ingatlah orang yang tersayang.

Peristiwa 5 (09.09.09)

Kereta pertama ku, Proton Iswara Aeroback aku dah habis bayaran ansurannya.... bolehlah aku modified...hehehehe...



No comments:

Post a Comment