Monday, November 2, 2009

Faedah mempelajari Ilmu Tajwid

FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TAJWID
1. Ilmu Tajwid merupakan semulia-mulia dan sebaik-baik ilmu pengetahuan,kerana ia berkaitan terus dengan Kalam Allah .

2. Dapat memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al-Quran

3. Mengharapkan keredhaan Allah S.W.T serta kebahagiaan di dunia dan akhirat .

4. Merupakan satu tanggung jawap yang harus dilaksanakan sebagai seorang muslim
walaupun hukum asalnya Fardhu Kifayah.

5. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al Quran. Oleh kerana membaca al Quran dengan bertajwid itu ialah suatu kewajiban bagi setiap muslim, maka melakukan kesalahan bacaan hukumnya adalah HARAM sementara mencacatkannya merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan terbahagi kepada dua:
i.Kesalahan Nyata “ Lahn Jaliy ”
Bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan samada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. “ Jaliy ” di sini bermaksud suatu kesalahan yang dapat disedari dengan nyata dan terang-terangan. Ia dapat disedari oleh semua orang tak kira orang biasa ataupun orang yang mahir dalam tajwid.

Contoh : Kesalahan yang mengubah makna perkataan, kesalahan yang tidak mengubah makna perkataan serta kesalahan mengubah huruf.

Hukumnya : HARAM secara ijma’ ulama’ samada disengajakan ataupun tidak. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

ii. Kesalahan Tersembunyi “ Lahn Khofiy “
Bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, dimana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh orang yang mahir dalam tajwid ataupun para Qurra’ sahaja, dan tidak pada orang awam.

Contoh : Meninggalkan izhar,ikhfa’, idgham, iqlab, ghunnah, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tahqiq dan sebagainya. Dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.

Hukumnya : HARAM dilakukan secara sengaja ataupun mempermudah-mudahkannya. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

6. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al Quran yang betul. Dengan mempelajari ilmu tajwid, seseorang itu akan merasa yakin dengan ketepatan bacaannya. Tidak merasa ragu dengan apa jua bentuk ayat dan hukum bacaan yang ditemui pada mana-mana tempat dalam al Quran.

7. Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak ayat al Quran dan Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan kelebihan membaca al Quran serta jaminan kebahagiaan baginya.

No comments:

Post a Comment