Saturday, September 26, 2009

Ayahanda Pergi Tak Kembali Lagi

Pada tanggal 26 September 2009 (Sabtu) bersamaan 7 Syawal 1430 H, ayahandaku Allahyarham Noordin Bin Hashim Bin Eusoff telah kembali ke rahmatullah, di Ipoh Perak. Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Chemor Perak.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman serta dimasukkan kedalam syurga yang kekal abadi.

Al Fatihah buat Ayahanda Noordin Bin Hashim............Ameen.

Aku akan pulang hari ni (27.09.09) untuk menziarahi pusara ayahandaku. Aku berusaha juga untuk pulang sekalipun aku tak dapat beraya bersama dengan ayahandaku tahun ni.

Kali terakhir aku dapat berbual dengan ayahandaku adalah melalui telefon bergambar 3G pada 1 Syawal 1430 yang lalu.

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Dengan kebesaran Allah SWT disulami dengan Kerahmatan Ramadhan serta Keriangan Syawal, aku Arnajmi dan family ingin memohon jutaan keampunan dan kemaafan dari semua rakyat 1 Malaysia amnya dan warga SK Saga-Saga Membakut khasnya diatas segala kesalahan dan kesilapan serta keterlanjuran. Halalkan makan dan minum kami sekeluarga.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 Hijrah / 2009 Masehi. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA:

A.R.NAJMI SEKELUARGA....:

1. AZHAN BIN NOORDIN
2. ROHANA BINTI KAMARUDDIN
3. AHMAD RUSYAIDI NAJMI
4. AHMAD RUSYDAN NAJMI
5. AHMAD RUZAINI NAJMI

Hari ke 25 berbuka puasa.

Pergh!! Nasi Goreng Kerabu, Laksa Kelantan, Roti Jala Kari Ayam dan Air Jagung sebagai juadah berbuka puasa hari ke 25 Ramadhan.

Jom pekena Roti Jala Kari Ayam dengan Nasi Goreng Kerabu.

Rupa roti jala dari dekat. Dah lama tak makan roti jala ni, nak beli di bazar Ramadhan, harga seketul 50 sen (dah kira mahal tu! kalau harga biasa 3 ketul seringgit atau 4 seringgit). Jadi! nak makan roti jala, isteri aku buatkan untuk juadah berbuka. Memang sedap bila makan dengan kari ayam...... pergh!!!!! Sampai tak cukup makan sekeluarga.

Aku ke taklimat MyGfl

Excel untuk senarai MyGfl..... (apa tu MyGfl? aku masih kabur lagi.....)

Hari ni aku menghadiri taklimat berkenaan MyGfl ICT di PPD Beaufort. Aku masih belum beberapa faham pasal perkara ni. Pun begitu aku bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program ni yang boleh membantu aku untuk tingkatkan daya penguasaan aku dalam bidang ICT.

Selepas raya insyaAllah kursus berkenaannya akan disambung semula..... Selamat bertugas kepada semua yang hadir pada taklimat tersebut....Bye..Salam 1 Malaysia.

Ucapan Selamat Hari Raya

Sessi bermaafan antara pelajar dan guru... (Maafkan kami cikgu...... isk,isk.isk .."nangis")

Antara guru yang menanti giliran untuk menyampaikan ucapan salam Aidil Fitri.... (Kek Lapis Sarawak mau berapa? .... Bah!, nanti lepas raya aku hantar ke rumah..)

Guru2 lelaki macho sedang berbincang mengenai apa yang nak disampaikan untuk ucapan Hari Raya..... (Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa, tibanya Syawal kita rayakan....)....

Ucapan dan amanat guru besar kepada semua murid dan guru2.... (..jaga adab ketika berhari raya.....)

Pelajar2 lelaki khusyuk mendengar amanat dari guru besar.... (bilalah nak dapat duit raya ni?)...

Pelajar2 perempuan antara yang menerima sumbangan duit raya sebanyak 200 sen setiap seorang.... (Pergh!! banyak tu 200 sen, bolehlah beli baju raya lagi...)

Pada 15.09.2009 telah diadakan majlis sampaikan ucapan hari raya dan sumbangan duit raya dari guru2 kepada murid2 . Majlis diadakan secara sederhana tetapi amat bermakna kepada semua warga SK Saga-Saga, Membakut.

Sunday, September 13, 2009

Jika Anda Dirompak di Mesin ATM

JIKA ANDA DIROMPAK DI MESIN ATM

Hari ni dapat fwd msg dari someone kat ym…. berkenaan dengan apa yang perlu kita buat bila dirompak di mesin atm. Pertama kali aku tau pasal kaedah ni.. betul ker? Adakah berkesan untuk semua mesin atm? Huhu… apa2 pon Na’uzubillahi Min Zaalik… mintak dijauhkan la dari kes rompak2 ni…

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkan…

Sumber:
http://diarymama.com/?paged=2
Kiriman: 14 September 2008

Saturday, September 12, 2009

Kembara Ramadhan

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Lokasi berbuka kami.

Sekejap lagi berbuka puasa, sabar sikit.

Lambatnya berbuka... dahaganya.

Lepas ni nak ke masjid. Nak berbuka disana.

Lama dah tak bergambar macam ni.

Siapa punya kasut ni?

Bila melihat laut yang terbentang luas terasa keagungan Allah SWT.

Jom santai............................. !!

Seronoknya dapat macam ni....!

Aksi menggelongsorkan badan..!

Siapa nak qada` hajat boleh datang kesini.

Tempat permainan aktiviti lasak untuk kanak2.

Boleh jamin selamat ke tempat ni!

Berjalan2 merehat minda.

"Di tepi pantai yang indah......"

Bergambar di Taman Awam Teluk Likas.

Wajah2 keletihan kerana berpuasa.

Sedang memilih baju raya.

Adik! cuba pakai baju ni.

Pada 12.09.09 aku dan keluaraga ke KK untuk selesai beberapa urusan. Yang utamanya aku ke OUM Jalan Lintas untuk ambil modul PJJ bagi Semester September 2009. Selepas tu kami ke beberapa tempat antaranya:
1. Plaza Wawasan
2. Centre Point
3. Masjid Negeri Sabah
4. Masjid Bandaraya (tempat kami berbuka puasa)
5. Bazar Ramadhan Sembulan
6. Taman Awam Teluk Likas
7. Giant Kolombong.

Berurusan atau berjalan-jalan dalam bulan puasa memang letih tapi nak buat macamana kena buat jugalah... sikit je ujian. Zaman Nabi lagi dahsyat ujiannya.

Pasang pelita sambut tujuh likur amalan bidaah?

APAKAH pandangan agama mengenai amalan memasang pelita bagi menyambut malam tujuh likur yang lebih bersifat budaya.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan perkara yang baru dalam urusan agama sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia ditolak. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Walaupun sejarawan dan budayawan menjelaskan perkara ini lebih bersifat budaya, persoalannya mengapakah tradisi ini terbatas pada Ramadan saja. Ada sebab tertentu yang menjadikan masyarakat mengamalkan sesuatu budaya.

Contohnya, pesta menuai diadakan untuk merai roh petani yang mengajar hidup berdikari atau untuk penguasa yang menjaga kepentingan petani.

Hujah makhluk halus menjaga hasil tanaman tidak boleh diterima akal. Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 106 bermaksud: “Dan (orang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mempersekutukan-Nya dengan yang lain.”

Mentafsirkan ayat ini, Hammad Salamah meriwayatkan daripada ‘Asim Abinnujud keprihatinan sahabat kepada syirik menjadikan mereka merungkaikan perkara itu walaupun kurang disenangi.

Contohnya, Huaifah yang menziarah seorang yang sakit lalu mendapati dia memakai tangkal kulit. Huzaifah memotongnya lalu membacakan ayat ke-106 surah Yusuf ini.

Umat harus menyedari Islam yang menjadi pegangan sudah sempurna dengan turunnya ayat ketika hajjatul wada iaitu firman-Nya dalam surah al-Maidah ayat ke-3 bermaksud: “Pada hari ini, Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku sudah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku sudah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya: “Kesempurnaan Islam bermaksud umat tidak memerlukan kepada penambahan dalam ibadat dan mereka tidak memerlukan kepada sesiapa pun melainkan petunjuk Nabi Muhammad SAW.

“Tiada lagi suatu yang halal selain dihalalkan Islam dan tiada yang haram selain diharamkan Islam, dan tiada penambahan terhadap apa yang sudah disyariatkan.” (Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir).

Berbalik kepada soalan anda, menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan.

Friday, September 11, 2009

11 September

Membongkar Serangan 9/11 dan Keganasan yang lain
Konspirasi Amerika dan Sekutunya Untuk Menghancurkan
Umat Islam
Perang Melawan Keganasan, Perang Ideologi:
Timbalan Menteri Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, ''Saat ini, kita sedang bertempur melawan keganasan - perang yang akan kita menangkan. Perang yang lebih besar yang kita hadapi adalah perang pemikiran. Jelas suatu cabaran, tapi juga mesti kita menangkan.'‘ (sumber: Bridging the Dangerous Gap Between the West and the Muslim world, U.S. Defense: 2002)

Donald Rumsfeld, Menteri Pertahanan Amerika, '‘Jika askar Amerika keluar dari Irak segera, Irak akan menjadi syurga bagi pengganas dan menjadi asas penyebaran Negara superpower Islam yang akan mengancam dunia.... Irak akan menjadi asas negara Khilafah yang baru yang akan meluas ke Timur Tengah…(sumber: Washingtonpost.com, 5 Disember 2005)

Presiden Amerika, George W Bush, 6/10/2005 menyamakan perang melawan keganasan saat ini dengan perang melawan komunisme. Baginya, ideologi pembunuh Islam radikal adalah cabaran terbesar dari abad baru kita.

Negara- negara Barat & Sekutunya Menjadikan Islam Sebagai Sasaran
Allah berfirman: “Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup.” (Q.S. al-Baqarah 2: 217)

Samuel P. Huntington, dalam bukunya “Who Are We?” (2004): Islam militan telah menggantikan kedudukan Soviet Union sebagai musuh utama AS.
Dalam The Clash of Civilization (1996), “Bagi Barat, yang menjadi musuh utama bukanlah fundamentalisme Islam, tapi Islam itu sendiri.”

Mengapa Islam Menjadi Sasaran?
Islam adalah peradaban (hadarah) yang lebih unggul
(Samuel P Huntington, The Clash of Civilization: 1996)

Peradaban Islam mempunyai pandangan hidup yang khas dan unik; berbeza dengan Sosialisme maupun Kapitalisme, baik di bidang politik, pemerintahan, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, pertahanan, keselamatan, mahu pun yang lain.

Islam adalah satu-satunya agama dan ideologi yang
(1) sesuai dengan fitrah manusia, (2) memuaskan akal dan
(3) mententeramkan jiwa.
Kerana ia diturunkan oleh Zat yang Maha Tahu akan fitrah, akal dan jiwa ciptaanNya.

Ideologi (Mabda’) Islam atau ideologi Barat-Kapitalis yang layak disebut ideologi iblis (evil ideology)?
Peradaban dan ideologi Islam inilah yang disebut Perdana Menteri Britain Inggeris, Tony Blair, di hadapan Konggres Parti Buruh, sebagai ideologi iblis (BBC News, 16 Julai 2005).

Ada 4 kriteria ideologi Iblis menurut Blair :

Ingin menghapuskan Israel;
Mengetepikan penguasaan Barat ke atas Dunia Islam;
Menjadikan Syariat Islam sebagai sumber hukum, di bawah satu Negara Khilafah untuk seluruh dunia;
Bertentangan dengan nilai-nilai liberal (Barat-Kafir)


Ideologi Barat, Ideologi Syaitan
Ideologi Barat, Kapitalisme, ideologi setan, penyebar perang, penghisap kekayaan, penjajah.. (Sumber: Jamil Salmi, Violence and Democatic Society, p. 71-72)
Barat campur tangan di negara lain antara 1798-1895 sebanyak 103 kali; 1896-1945 sebanyak 57 kali;
1945-2001 sebanyak 218 kali.

Melakukan Rampasan Kuasa Berdarah di: Iran (1953), Guatemala (1954), Cuba (1961 & 1971), Brazil (1964), Indonesia (1965), Greek (1967), Chili (1973), Angola (1974-1975), Jamaica (1975), Grenada (1983), Nicaragua (sejak 1984).

Pendukung Pemerintahan Zalim di: Honduras (1954), Lebanon (1958), Thailand (1959), Laos (1959-1969), Ethopia (1960), Korea Selatan (1960), Guyana (1963), Vietnam (1964), Republik Dominika (1962), Cambodia (1970), El-Salvador (sejak 1980).

Kapitalisme adalah Ideologi syaitan yang menghisap kekayaan penduduk dunia, sehingga menyebabkan kesengsaraan (Sumber: Jamil Salmi, Violence and Democatic society, p. 131-141):
1 Bilion orang miskin di Dunia Ketiga;
650 Juta orang di dunia berada dalam kelaparan;
250,000 anak meninggal dunia/minggu, atau 1 juta jiwa anak meninggal/bulan akibat kurang zat atau zat buruk (malnutrition);
Tahun 1955: Pendapatan per kapita Negara Industri USD 4,940, sedangkan Dunia Ketiga hanya USD 340.
Tahun 1980: Pendapatan perkapita Negara Industri USD 17,080 sementara Dunia Ketiga hanya USD 750.
Tahun 2003: AS membolot minyak dunia sebanyak 360 Juta tong/bulan untuk memenuhi keperluannya (sumber: US Department of Energy: 1999).

Permusuhan yang Mereka Sebut Keganasan itu Hasil Ideologi Syaitan
Ken Levingstone, Datuk Bandar London, Julai 2005, menyatakan bahwa aksi keganasan di London adalah akibat dasar luar negeri Barat terhadap Dunia Islam:

Penentangan rakyat Palestin (Intifada) dan Lubnan akibat penjajahan Israel sejak 1948 yang dibantu Britain, Amerika dan agen-agennya;

Penentangan Mujahidin Irak akibat penjajahan Amerika, Britain dan sekutunya di Irak sejak 2003.

Dan lain-lain.


Dokumen Penting Amerika Pasca 11 September
17 September 2002, setahun selepas peristiwa 11 September 2001, Rumah Putih keluarkan dokumen penting setebal 31 halaman, The National Security Strategy of the United States of America (sumber: Foreign Affairs, September-Oktober 2002).

Isinya Amerika ingin menjadi polis dunia dan akan bertindak unilateral (sendirian) dalam menghadapi ancaman pengganas serta senjata pemusnah besar-besaran, bila negara-negara lain tidak mahu ikut kehendak Amerika.

Amerika akan gunakan kekuatan ketenteraannya untuk mencorakkan dunia.

Grand strategy baru AS yang dicanangkan sejak berakhirnya Perang Dingin ini memiliki 7 elemen. 5 dari 7 elemen itu adalah:
(1) Mempertahankan dunia unipolar (di mana Amerika sahaja yang berkuasa), dan mesti mencegah munculnya saingan baru di Eropah dan Asia.
(2) Keganasan merupakan ancaman baru.
Dokumen Penting Amerika Pasca 11 September
(3) Mengganti konsep pencegahan (deterrence) Perang Dingin. Saat ini, pencegahan, kedaulatan, dan perimbangan kekuatan mesti berjalan bersama. Kerana ancaman saat ini bukan negara superpower, tapi jaringan pengganas transnasional.
(4) Mentafsirkan semula erti kedaulatan. Kerana kumpulan-kumpulan pengganas tidak dapat dihancurkan. AS mesti bersiap sedia untuk melakukan campur tangan di mana-mana, dan bila-bila sahaja bertindak lebih dahulu menghancurkan ancaman. Dalam erti kata lain AS tak perlu ambil kira kedaulatan negara lain jika AS ingin melakukan serangan.
(5) AS perlu memainkan peranan secara langsung dan berleluasa untuk memusnahkan ancaman.

George W Bush sendiri sudah menyatakan, serangan 11 September 2001 telah memaksa AS mengeluarkan konsep keamanan nasional baru, yang dikenali sebagai Preemptive strike (Amerika berhak menyerang sesiapa atas alasan mencegah serangan ke atasnya)

Jadi, Peristiwa 11 September sengaja direka untuk menjadi alasan lahirnya politik luar negeri baru AS; Doktrin Preemptive Strike.

Melawan Propaganda Syaitan
Propaganda syaitan (evil campaign) mesti dilawan dengan propaganda. Propaganda syaitan selalu menggunakan penyesatan pandangan dunia dan politik, misalnya, Bush, Blair dan sekutunya berbohong apabila mereka mengatakan “Perang melawan keganasan bukan perang melawan agama, atau Islam.”
Untuk menyesatkan pandangan dunia dan politik tentang Islam, Barat melakukan taktik:
Islam disamakan dengan keganasan, kaum Muslim disamakan dengan pengganas, dan label kekerasan. Tujuannya agar Islam dijauhi orang-orang Barat, dan tetap dimusuhi.
Islam dicampuradukkan dengan pemikiran Barat, seperti Demokrasi Islam, Pluralisme Islam, Liberalisme Islam, dan lain-lain. Tujuannya agar pemikiran Barat boleh diterima kaum Muslim.

Mereka jelas sedang memerangi Islam
Buktinya:
Samuel Huntington, “Musuh Barat bukan Fundamentalisme Islam, tapi Islam itu sendiri.” (The Clash of Civilization: 1996).
Pidato Blair di depan Konggres Parti Buruh, yang menyebut Islam sebagai ideologi syaitan;
Pidato Bush di depan National Endowment of Democracy (6/10/2005), dan di depan un-dangan The Ronald Reagan Presidential Library, yang menyebut Islam sebagai fasis, militan…
Lebih 90% dari senarai Pertubuhan Pengganas Asing yang mereka buat adalah orang dan kumpulan Islam;
Pemaksaan definisi berat sebelah tentang keganasan, yang hanya ditujukan kepada kumpulan Islam. Sedangkan Amerika, Britain, Australia, Israel, Bush, Blair, Howard, Olmert yang melakukan kekerasan di Irak, Afganistan, Palestin tidak disebut pengganas.

Taktik Licik Propaganda Syaitan
Propaganda syaitan yang dilakukan oleh Barat selalu menyebarkan ketakutan, keresahan dan keganasan: Melawan keganasan dengan keganasan negara (state terrorism). Dengan Melaksanakan:
Undang-undang Anti Keganasan;
Undang-undang Perisikan (Indonesia), Patriot Act (AS)…
Mengawasi dan mengintip pertubuhan Islam, sekolah Islam, madrasah, masjid, dan khatib Jumaatnya...
Menyusup masuk dalam pertubuhan Islam, pondok, madrasah, …

Maka, waspada terhadap perangkap syaitan. Kuatkan keimanan dan tawakkal kepada Allah, “Janganlah takut kepada mereka, takutlah kepadaKu, jika kalian memang beriman.” (Ali Imran 3: 175)

Propaganda Menangkan Islam
Islam agama yang kaffah (menyeluruh); mengandungi akidah dan syariah. Darinya, lahir peradaban yang agung dan mulia, dengan sistem politik, pemerintahan, hukum, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, pertahanan dan keselamatan yang unik dan khas.

Dunia penuh kedamaian di bawah naungan peradaban yang agung ini selama 14 abad, setelah peradaban ini membebaskan dunia dari perhambaan, eksploitasi dan penindasan sepanjang berabad-abad.

Keganasan dan Keganasan Negara sama-sama diharamkan Islam.
Keganasan bukan jihad, dan jihad juga bukan keganasan.
Islam mengajar jihad ---bahkan menetapkannya sebagai mahkota Islam (dzarwah sanam)--- dan mengharamkan keganasan.

Yang Mesti Dilakukan Umat Islam Sekarang
Perpaduan umat yang teguh: Jangan sampai dipecah belah dengan, Islam Radikal-Islam Moderat. Islam hanya satu; Islam is Islam.

Umat Islam mesti memiliki kesedaran yang sahih tentang Islam, dan kesedaran politik yang tinggi. Aksi-aksi keganasan menggunakan nama jihad wujud kerana tidak adanya dua kesedaran di atas.

Kaedah dakwah mengikut Nabi Muhammad SAW untuk melakukan perubahan adalah: fikriyah (intelektual), siyasiyyah (politis), la madiyah (bukan-kekerasan), dan mesti berjamaah (ikut kumpulan)…

Gear Box Auto

Tombol gear auto Daihatsu masuk ke Kancil Manual aku.


Kesiannya Kancil Belalang aku ni.



Antara pakar2 yang mengendalikan pengubahsuaian nadi Kancil ku.

Enjin yang telah digabungkan dengan kotak gear auto.

Kotak gear asal Kancil Belalang 850 yang telah dikeluarkan dari nadi yang asal.

Pergh!!! lepas ni bolehlah aku rasa bawa kereta Auto pulak.


Ruang enjin yang akan dimasukkan dengan enjin EVO X....hehehehehe.

Hari ni (11.09.09) selepas menunaikan perintah yang wajib dari Allah (Solat jumaat) aku ke Beaufort dengan Iswara burukku untuk di selenggarakan nadinya. Aku singgah sebentar di CPS Beaufort untuk melihat kerja2 modifikasi enjin Kancil Belalang ku. Kesian aku lihat Kancil ku seolah2 barang terbuang.

Tapi apa yang penting, Kancil ku ada sedikit perubahan di nadinya..... Woooshhhhh!!!!!

Thursday, September 10, 2009

Cinta Sempurna Menghampiri Penghujungnya

cintasempurna-14

Teledrama Cinta Sempurna sudah hampir ke penghujungnya.

Banyak persoalan semakin terjawab.

Mengambil pendekatan dakwah secara populis (drama, blog interaktif yang dibuka ruang komen dan komen balas), membuka ruang kepada maklum balas yang sangat luar biasa. Dalam erti kata yang lain, kalau anda mudah terganggu dengan ‘apa orang lain kata’, ada baiknya dihindarkan pendekatan dakwah secara populis ini dan kekal sahaja dengan cara sehala yang sinonim dengan kaedah konvensional.

Hanya pesanan Nabawi ini sahajalah pengubatnya:

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Ketika drama ini di peringkat perancangan, pembikinan dan penggambaran, komen-komen pembaca di blog Saifulislam.Com sudah pelbagai.

Tatkala salinan lima episod pertama diserahkan kepada saya untuk prebiu, saya sudah menyiapkan diri untuk berdepan dengan komen yang lebih agresif memandangkan banyak aspek penampilan drama ini yang boleh dengan mudah menjadi sasaran kritikan.

Oleh kerana manusia yang berblog itu bukan penerbit, pengarah mahu pun pelakon, sebaliknya penulis skrip dan ‘mangsa realiti pemilik cerita asal’, maka saya dan Ustaz Zabidi Mohamed jualah yang berada di frontline bagi bersemuka dengan segala komen, kritikan dan sesekali cadangan untuk penambah baikan.

Tatkala menyusuri komen-komen yang begitu banyak di internet, kaget juga saya dibuatnya. Kritikan yang ditujukan kepada saya bukan sekadar pada penampilan pelakon, ketiadaan sari kata pada dialog Inggeris, atau iklan dan masa tayangan, malah saya turut dikritik sebagai ustaz pendek, gemuk dan macam-macam lagi.

Malah ada juga yang kritikannya hingga ke tahap saya khuatirkan keselamatan diri dan keluarga! Terlalu obses pada menyukai atau terlalu obses pada menolak dan membenci.

Bagi saya, jika kehidupan ini sebiji karipap, itulah inti sebenar yang terpaksa ditelan. Jika ditukar ke bahasa dakwah, itulah mad’u yang menjadi tanggungjawab kita mendidiknya. Mereka yang gemarkan the alternate reality akan menempuh rasa sukar untuk menelan semua ini kerana kehidupan idamannya jauh dari apa yang sedang bersifat semasa.

Manakala untuk diri saya, selepas produksi Cinta Sempurna ini saya belajar sesuatu yang penting. Pengalaman di sebalik tabir membuktikan bahawa usaha untuk menghasilkan sebuah drama, apatah lagi drama yang baik mengikut piawaian kita bukanlah sesuatu yang mudah.

Semasa pemilik cerita asal bercerita kepada penulis skrip, bentuk ceritanya adalah seperti A. Apabila ia dipindahkan kepada sebuah skrip, ia mengembang menjadi B. Tatkala skrip B siap dan disemak, kita berusaha untuk memperbaikinya sedaya mungkin dan ia menjadi C. Apabila C dipindahkan kepada manuskrip bacaan artis, ia menjadi D. Apabila semua itu dibawa ke lokasi penggambaran dan dilakonkan, ia menjadi E. Selesai penggambaran dan rakaman disunting, ia menjadi F. Jauh sekali saya sebagai pencetus cerita asal daripada apa yang akhirnya dipaparkan di televisyen.

Ikhtiar semua orang, banyak cacat celanya namun dek susahnya penghasilan sebuah drama, dan besarnya perbelanjaan yang diperlukan untuk menerbitkan sebuah drama 20 siri, cukuplah jika saya belajar satu perkara, bahawa saya akan lebih berhemah dalam melontarkan pandangan dan kritikan terhadap hasil kerja orang lain.

TIGA BENTUK DRAMA

Ya, ia adalah drama. Apabila namanya drama ia bukan dokumentari yang bersifat factual.

Drama Melayu yang membawa nilai Islam di dalam dunia penyiaran kita boleh dibahagikan kepada tiga.

Pertama, drama supernatural.

Drama-drama dalam kategori ini menekankan unsur khariqun lil ‘adah membabitkan jin, syaitan, bomoh, keramat wali, roh orang mati dan pelbagai lagi.

Lambakan drama dalam kategori ini di satu tahap mengisi keinginan penonton yang suka ditakut-takutkan, tetapi kemudian berubah menjadi ketakutan tatkala melihat lambakannya yang ekstrim khusus pada Khamis malam Jumaat.

Kedua, drama emosional.

Drama-drama dalam kategori ini membawa kekuatan yang banyak bersangkutan kepada konflik emosi. Biar pun tajuknya pelbagai, namun mungkin subjek utamanya adalah konflik cinta dan perasaan. Drama seperti ini sangat dekat dengan jiwa penonton kerana sentuhannya akan meninggalkan bekas yang besar kepada penonton. Keropok ubi yang musnah diramas, tisu yang luak sekotak, mungkin menjadi simptom kepada keberkesanan drama sebegini.

Begitu juga dengan drama dakwah genre komedi. Penyampaian mesej dalam sindiran lucu, adalah pendekatan yang amat menarik, tetapi turut memerlukan tahap kreativiti yang tinggi.

Pelakon akan lebih cepat terserlah bakatnya apabila berjaya menjiwa watak-watak dalam drama kategori ini.

Ketiga, drama logikal / intelektual.

Drama-drama dalam kategori ini membawa mesej yang berkaitan dengan konflik pemikiran. Apa yang dibentangkan adalah subjek yang mencabar minda penonton untuk berfikir, mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu kehidupan dan mungkin sambil itu perlu mengkritik penyelesaian semasa.

Drama dalam kategori ini cenderung untuk menjadi sebuah drama yang berat, ditolak oleh penonton yang tidak suka dipening-peningkan pada waktu rehat mereka atau mungkin juga hilang sentuhan drama dan berubah menjadi sebuah dokumentari. Ia juga memerlukan kepada pelakon-pelakon yang bijak agar mereka dapat mengoptimumkan garapan watak yang diberi.

CINTA SEMPURNA adalah percubaan awal untuk menambah koleksi drama dalam kategori ketiga ini. Biar pun tajuknya CINTA, drama ini kurang adegan yang mencarik hati dan perasaan penonton. Tetapi apa yang banyak dimasukkan adalah subjek yang mengganggu fikiran. Bukan gangguan yang disengajakan tetapi gangguan yang bertujuan menggerakkan minda agar berfikir, tentang apa yang cuba dipaparkan.

Di balik tabir, ada banyak kejadian yang berlaku hingga membawa kepada timbulnya idea untuk menghasilkan drama CINTA SEMPURNA. Ia tidak betah untuk ditulis secara terbuka, namun misinya besar pada membetulkan kembali hala tuju falsafah penyiaran yang memisahkan moral obligation dengan seni kreatif. Ada krisis nilai di belakang skrin dan di depan skrin yang dipertanggungjawabkan kepada drama CINTA SEMPURNA untuk menanganinya. Ia suatu tugas yang tidak mudah buat semua.

Dengan segala kelemahan yang semua sedia maklum, apa yang diharapkan ialah CINTA SEMPURNA boleh menjadi pemangkin untuk membanyakkan lagi drama kita yang duduk di dalam genre DRAMA LOGIKAL yang mencabar AKAL kerana krisis pemikiran masyarakat semakin meruncing dan sesi kuliah serta ceramah semakin tidak bermaya dalam menyasarkan penyelesaian kepada target audience berkaitan.

Berikut adalah di antara ulasan berkenaan drama CINTA SEMPURNA yang sempat saya temui di alam maya.

Semoga bermanfaat.

Dipetik dari http://saifulislam.blogspot.com/

300 pelakon jayakan Cinta Sempurna


Babak cemas dalam cinta Sempurna.

“BILA Rosyam Nor pesan jangan masuk bidang produksi, saya tidak mengendahkannya atas semangat mahu mencuba. Tapi, bila sudah masuk barulah saya tahu ia bukan kerja senang... terlalu banyak dugaan dan cabarannya,” demikian kata Pengarah Urusan Cerna Media Sdn Bhd, Sahid Juri.

Tampil dengan drama sulung terbitannya, Cinta Sempurna sebanyak 20 episod yang bakal menemui penonton di Astro Oasis, Ramadan ini, kerja produksi itu memberikannya satu pengalaman baru walaupun beliau antara `orang lama’ dalam bidang penerbitan, terutama membabitkan iklan komersial dan animasi.

“Buat iklan komersial tidaklah sesukar drama, terutama dari segi tempoh penggambaran. Biasanya,, penggambaran iklan mengambil masa singkat… paling lama pun seminggu sedangkan drama berbulan-bulan.

“Penggambaran Cinta Sempurna saja berlangsung selama dua bulan. Bila bercakap fasal masa, lebih panjang tempoh penggambaran itu, maka ia akan membabitkan kos. Saya tidak nafikan drama ini membabitkan kos penerbitan yang tinggi,” katanya kepada B*Pop baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan jumlah sebenar tetapi menyatakan ia mencecah enam angka, Sahid berkata, masa dan kos adalah cabaran utama yang terpaksa dihadapinya dalam percubaan pertama beliau menerbitkan drama.

“Buat Cinta Sempurna sebenarnya tidak menguntungkan namun ia dianggap sebagai platform terbaik untuk saya meneroka bidang produksi. Biarpun kosnya agak mahal, namun saya mempunyai cara tersendiri untuk meminimumkan perbelanjaan dengan mendapatkan tajaan.

“Alhamdulillah, ramai rakan membantu, terutama dari keperluan logistik termasuk meminjamkan lokasi penggambaran tanpa saya perlu mengeluarkan apa-apa kos,” katanya sambil menghargai kepercayaan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar kepadanya menerbitkan drama itu.

Diminta mengulas lanjut, Sahid yang berasal dari Sungai Mati, Muar memberitahu drama sulungnya itu membabitkan perbelanjaan tinggi disebabkan oleh bayaran pelakon, dengan ada di antaranya dibayar sehingga RM1,000 sehari.

“Keseluruhannya, 300 pelakon utama dan tambahan terbabit dalam pembikinan drama ini, termasuk penampilan istimewa dua penyanyi terkenal, Yuna dan Akhil Hayy. Saya diberitahu, inilah jumlah pelakon teramai dalam pembikinan sesebuah drama tempatan.

“Seperti Yuna, saya bukan hanya membayarnya sebagai pelakon undangan, malah hak cipta lagunya yang dijadikan lagu montaj, selain penggunaan judul lagu itu sebagai tajuk drama ini. Itu semua kos yang perlu diambil kira,” katanya.

Penggambarannya berlangsung selama dua bulan termasuk proses suntingan bermula 25 Mei lalu di Lembah Klang dan Bentong, Cinta Sempurna arahan Saiful Bahri Othman mampu membuka dimensi baru terhadap penerbitan drama tempatan.

Memaparkan konflik keluarga, kejutan budaya hingga membabitkan isu akidah, drama itu lebih dari sekadar drama dakwah biarpun banyak pihak beranggapan sedemikian hanya kerana ia bakal disiarkan di Astro Oasis.

“Ada yang kata ia drama dakwah, drama Islamik dan sebagainya. Ini sebenarnya sangat subjektif. Sebagai penerbit, saya menyerahkan kepada penonton untuk membuat penilaian. Saya mungkin beranggapan lain, begitu juga pengarah, penulis skrip dan penonton.

“Cuma, apa yang boleh saya perkatakan, drama ini bukan sekadar mahu menghiburkan penonton, sebaliknya mahu memberikan kesedaran melalui mesej-mesej positif yang disampaikan. Saya mahu penonton di luar berfikir apabila menontonnya nanti,” katanya.

Menampilkan Fizo Omar, Ashraf Muslim dan Tengku Tiara Yasmin Sofea sebagai pelakon utama , Cinta Sempurna dijangka mendapat sambutan menggalakkan, lebih-lebih lagi menggunakan penulis skripnya, Zabidi Mohamed sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menerusi dua bukunya, Tersungkur Di Pintu Syurga dan Al-Maunah.

“Inilah percubaan pertama beliau, yang juga bekas peguam Al-Arqam menulis skrip. Ia diadaptasikan dari pengalaman hidup pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hasrizal Abdul Jamil. Ustaz Hasri sebelum ini pernah menceritakan kisah benar itu di blognya (http://saifulislam.blogspot.com).

“Sebenarnya, ramai tidak tahu blognya itu dilayari kira-kira 40 juta pelayar dari seluruh dunia, jauh lebih ramai dari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ustaz Hasri memang popular di luar (negara), malah sering dijemput untuk berceramah ,” katanya.

Cinta Sempurna berkisarkan dua beradik, Shila dan Najib yang dihantar bersekolah di London oleh ibu bapa mereka kerana tidak mahu terkongkong dengan kehidupan masyarakat tempatan yang begitu kuat berpegang kepada tuntutan agama.

Selama 12 tahun di luar negara dan bergelumang dengan kehidupan Barat, semakin terhakis budaya Melayu dalam diri dua beradik itu, malah akidah mereka juga sudah jauh terpesong dan sering mempertikaikan hukum agama. Maklumat lanjut mengenai drama ini boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang oasis-cintasempurna.blogspot.com.

INFO:

  • Judul: Cinta Sempurna
  • Genre: Drama Bersiri (20 Episod)
  • Penerbit: Sahid Juri (Cerna Media Sdn Bhd)
  • Pengarah: Saipul Bahri Othman
  • Penulis Skrip: Zabidi Mohamed
  • Idea Asal: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
  • Penasihat Syariah: Ustaz Mohd Adib Samuri
  • Pelakon: Fizow Omar, Ashraf Muslim, Tengku Tiara Yasmin Sofea, Siti Fazurina, Maria Farida, Faezah Elai, Akhbar Azmi, Khairil Anuar, Dinie Jurie dan Mahmud Ali Basha
  • Penampilan Istimewa: Yuna dan Akhill Hayy
  • Tarikh Tayangan: Sempena Ramadan
  • Saluran: Astro Oasis
  • Tempoh Penggambaran: 60 hari (Bermula 25 Mei 2009)
  • Lokasi: Taman Melawati, Hulu Klang; Taman Metropolitan, Kepong; Kampung Janda Baik, Bentong dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
Dipetik dari saifulislam.com dan B-POP

L2S Tuan Yahya







Gambar Kancil diatas adalah kepunyaan Tuan Yahya. Gambar ini dirakamkan ketika (10.09.09) Kancil L2S Tuan Yahya berada di bengkel Ah Hin untuk diperbaiki knukle Kancilnya yang ada masalah.