Persediaan untuk jamuan Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat Berjemaah UPSR 2009 dan Solat Terawih di SK Saga-Saga (4 September 2009, Jumaat)
Selama aku berkhidmat di Sabah, aku tak pernah jumpa lagi mee rebus. Maka dari itu aku telah perkenalkan kepada rakan sekerja aku resepi mee rebus ni hasil dari masakan isteri aku.
Apa yang aku lihat, mee rebus boleh dijadikan salah satu makanan komersial di Sabah. Aku ingin sarankan kepada mereka yang berminat untuk mencari pendapatan tambahan, boleh cuba promosikan mee rebus ni.
Kalau di tempat aku di Perak, nak cari mee rebus memang senang. Banyak sungguh peniaga yang mengusahakan perniagaan mee rebus.
Di tempat aku, macam-macam jenis nama mee rebus. Antaranya:
1. Mee Rebus Ramli, Ipoh Perak.
2. Mee Rebus Abdullah, Teluk Intan Perak.
3. Mee Rebus Mahsuri, Kampar Perak.
4. Mee Rebus Haji, Tapah Perak.
5. Mee Rebus Mamak.
6. Mee Rebus Penang.
7. Mee Rebus Sg. Dua.
........ dan banyak lagi. So, kepada kengkawan yang dah pernah rasa Mee Rebus Arnajmi ni, tolong komen sikit.......... hehehehe.....
Disini aku sertakan resepi mee rebus yang bukan resepi dari A.R.Najmi. tapi......
|
Mee Rebus Yanti | Sumber & Gambar : Yanti Bahan2 A Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus Udang kering 300 grm Bawang merah 4 ulas Bawang putih 3 ulas Serbuk Ketumbar 4 sudu besar Serbuk Jintan Manis 2 sudu besar Serbuk kunyit 1 sudu kecil Cili blender agak2 dlm 2 senduk Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih Gula/garam secukup rasa Air – agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya Bahan2 B Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik Cili hijau dihiris bulat2 Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur Taugeh dicelur- jgn sampai layu Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap.. Tauhu digoreng dan dihiris nipis Telur Rebus Cara membuat kuahnya. -
Kisar halus keledek + air. -
Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih. -
Tumis kulit kayu manis/cengkih/b.lawang,masukkan udang kering yg dikisar + bawang tadi sampai garing. -
Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi. -
Masukkan cili blender, sampai garing. -
Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati. -
Masukkan air. -
Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa . Cara menghidang Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan daun bwg, cili hijau, bwg.goreng,taugeh, tauhu & telur.
Cubalah.....
| | |
No comments:
Post a Comment