Mukjizat Al-Quran dan Sains (Laut Dalam)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ayuh! mari kita fikirkan berkenaan perkara yang membicarakan tentang bentuk mukjizat baru dalam Al-Quran untuk manusia di zaman ini, zaman sains dan teknologi. Kita akan mulakan dengan topik lautan dan kegelapan lautan.
Perbincangan adalah berkenaan ayat Al-Quran yang memberitahu kita tentang fenomena dasar laut yang bermula selepas 200 meter. Sememangnya mustahil untuk manusia sampai kepada kedalaman tersebut tanpa bantuan peralatan moden.
Bagi kebanyakan manusia, lautan merupakan satu alam misteri sehinggalah Kurun ke-18 Masihi. Ia berikutan kepercayaan-kepercayaan karut serta dongeng-dongeng yang berkaitan dengan lautan telah merajai tamadun-tamadun lama. Sebagai contoh, orang-orang Rom mempercayai bahawa puncak-puncak ombak adalah kuda-kuda putih yang menarik kereta Dewa Neptun.
Mereka mempercayai kewujudan ikan-ikan penyedut yang mempunyai kesan ajaib untuk menghentikan kapal-kapal. Orang-orang Greek juga mempunyai kepercayaan-kepercayaan seperti ini, sebagai contoh, pelayar-pelayar mereka mempercayai bahawa punca pusaran-pusaran laut disebabkan kewujudan makhluk yang mereka namakan 'Charybdis' yang menyedut air kemudian menghembuskannya.
Dalam keadaan manusia yang mempunyai kepercayaan khurafat seperti ini, Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W menceritakan tentang fakta-fakta yang berkaitan dengan lautan.
Tanda dan Bukti Kerasulan (Mukjizat)
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Seterusnya mari kita fikirkan tentang tanda-tanda dan bukti-bukti kerasulan yang merupakan satu sempadan pemisah di antara Rasul yang benar dan orang-orang yang berdusta.
Allah telah menjadikan bukti-bukti dan mukjizat-mukjizat sebagai penyaksian daripada-Nya yang membuktikan kerasulan supaya manusia tidak dapat membohongi mereka. Firman Allah Taala :
Rasul-rasul (yang Kami telah utus kan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutus kan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [An-Nisaa' : 165]
Seseorang Rasul akan mencabar kaumnya supaya mendatangkan sesuatu yang sama dengan apa yang telah mereka perlihatkan daripada mukjizat-mukjizat yang melemahkan manusia di hadapan nya. Lalu mereka tunduk kepada bukti kerasulan tersebut dan mukjizatnya seterusnya mereka tahu bahawa dia adalah utusan Allah pencipta mereka.
Sebagai contoh, Allah telah menceritakan dalam al-Quran tentang kisah Nabi Musa dan Firaun. Allah mengutus kan Nabi Musa untuk menyampaikan dakwah kepada Firaun. Allah memberikan bukti-bukti dan dalil-dalil yang berupa mukjizat kepada Nabi Musa suatu perkara seumpama sihir tetapi bukan sihir kerana kepakaran tukang-tukang sihir Firaun adalah dalam bidang sihir. Firman Allah Taala:
{فَأَلْقَى مُوسَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ}(الشعراء/45).
{فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ}(الشعراء/46).
{قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ}(الشعراء/47).
{رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ}(الشعراء/48).
Terjemahan : Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud, Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, "Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun". [As-Syu'araa : 45- 48]
Mereka telah melihat bukti dan mukjizat baginda lantas beriman dengan Rasul dan mempercayainya. Jadi, mukjizat yang disaksikan menjadi bukti dan hujah untuk membangkitkan keyakinan dalam hati seterusnya mereka membina keimanan berupa keyakinan berdasarkan bukti mukjizat tersebut.
Apakah bentuk mukjizat untuk kita pada zaman sains dan teknologi ini?
Assalamualaikum...
Masa terus berlalu dengan pantas. Umur makin kurang dan peluang yang diberikan oleh Allah mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya. Insya Allah selepas ini, entri baru akan menyusul untuk sama-sama kita berkongsi pendapat untuk kebaikan bersama. Semoga Allah memberkati Islam dan umat Islam seluruhnya. Ameen.
Mukjizat Saintifik Al-Quran & As-Sunnah - Suatu Pengenalan
Allah telah menjadikan Agama sebagai wadah bagi menjelaskan kepada manusia pelbagai persoalan mengenai kehidupan dan matlamat kehidupan ini.Tanggungjawab menyampaikan Agama dan mengenalkan manusia dengan Penciptanya telah diberikan kepada wakil-wakil yang dipilih oleh Allah.Wakil-wakil Allah di muka Bumi adalah para Rasul -عليهم الصلاة والسلام- yang Allah wahyukan kepada mereka segala ajaran yang perlu disampaikan kepada manusia. Firman Allah Taala yang bermaksud:
Jadi, timbul persoalan sekarang bagaimanakah cara untuk kita mengenali utusan-utusan Allah?
Para Rasul yang diutuskan oleh Allah adalah manusia biasa seperti kita; mereka makan, minum, tidur, sakit dan berjalan seperti kita. Firman Allah Taala yang bermaksud:
Manusia mempunyai kesukaran untuk patuh atau mempercayai sesuatu melainkan dengan bukti yang nyata. Tanpa bukti dan keterangan, dengan mudah manusia akan menolak untuk patuh dan taat.
Jika anda sedang memandu di jalan raya dan anda melihat tanda:
Lalu anda lihat salah seorang daripada dua orang yang di sebelah kiri dan kanan ini sedang menunggu, siapakah yang anda akan patuh dan mengapa???
Justeru itu Allah mengetahui para Rasul Nya akan didustai oleh manusia, maka Dia telah memperkuatkan mereka (para Rasul) dengan tanda-tanda untuk menjadi bukti bahawa mereka adalah utusan Allah. Firman Allah Taala yang bermaksud:
Oleh itu, apakah tanda atau bukti yang menyatakan mereka adalah utusan Allah???
Matlamat Kehidupan
Kita mengetahui bahawa setiap perkara yang wujud di atas muka bumi ini mempunyai tujuan dan matlamatnya. Dari seremeh-remeh benda hinggalah kepada sebesar-besar perkara. Kita dapat mengetahui fungsi semut dan tujuan kehidupannya walaupun ia amat dibenci oleh suri rumah. Kita mula dapat memahami mengapakah lalang begitu galak tumbuh selepas hutan ditebas. Kita semua semakin menyedari kepentingan gunung berapi. Sistem tubuh manusia dalam anggota badan kita telah pun kita mengetahuinya secara umum. Hikmah puasa yang disyariatkan oleh Islam telah pun terbongkar. Kebenaran al-Quran pun telah terserlah. Persoalannya, hikmah dan matlamat kewujudan kita.
Kita semua telah meyakini bahawa kitab al-Quran adalah suatu kitab yang benar lagi suci dari segala kekurangan dan kesilapan. Namun ramai di kalangan kita terlalu alpa sehingga terlepas pandang akan pemberitahuan Allah berkenaan dengan tujuan dan matlamat kehidupan manusia. Adakah kita semua pernah mengetahui akan ayat al-Quran yang bermaksud: walaupun letusannya menggerunkan hati. "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."!!!
Ya!!! Tujuan hidup kita di dunia ini tidak lain dan tidak bukan untuk beribadat kepada Allah. Ibadat??? Bagaimanakah cara beribadat? Adakah ibadat itu hanya yang asas sahaja?
LU FIKIRLAH SENDIRI..............
Dipetik dari Mukjizat Saintifik Blogspot.
No comments:
Post a Comment