Ustaz Mawi Ganu World sedang menjelaskan cara membuat Nasi Hujan Panas a.k.a Nasi Ribut Petir. Ketika kami pulang angin kuat terasa menyapa tubuh badan yang dah kekenyangan.
Cikgu Hashim sedang membuat pemeriksaan akhir sebelum jamuan dibenarkan untuk dijamah.
Ustaz Azman sedang memastikan kualiti Kari Ayam dan Ayam Masak Merah sedia untuk dihidangkan kepada para tetamu.
Para tetamu yang hadir di majlis berbuka puasa Ustaz Mawi Ganu World bertempat di banglo mewah Tuan Hj.Said Abdul Rahman.
Allahumma Laka Sumtu Wa bika amantu wa ala rizkika aftartu birahmatika Ya Ar hamarrahimin. (Doa dari Imam Besar Masjid Negeri Kuantan Pahang, Al Fadhil Syeikh Mohd Azuan Abdollah)
Cayalah! Peace No War dari Ustaz Mawi Ganu World sambil menunjukkan isyarat "2 jari" PEACE......
Antara tetamu yang hadir sedang sama2 berdoa sebelum berbuka puasa. (Perut masing 2 dah berbunyi dengan macam2 bunyi)
Antara Imam 2 yang hadir. Diketuai oleh Ustaz Norazman (baju biru) Ustaz Rasdi (tepi sekali) Tuan Hj.Said Abdul Rahman (memangku Zaki) dan Ustaz Helmi (sebelah Ustaz Azman)
Pada 6 September 2009 (16 Ramadhan 1430H) telah diadakan Majlis Berbuka Puasa sempena sambutan Nuzul Al Quran yang akan tiba pada 7 September 2009 (17 Ramadhan 1430H). Semoga Allah melimpahkan rahmat, maghfirah dan melepaskan kita semua dari azab Allah Taala.... Amin
Gambar Ehsan dari Galeri A.R.Najmi.
No comments:
Post a Comment